Friday, July 24, 2009

Industrial Training....

ho...ho...ho.... sedar tak sedar dah lama aku tak post kat sini... dalam tak sedar dah sebulan...

aku pun tak sedar dah nak abis rupanya latihan industri aku ni... tinggal 1 minggu je lg nak abis... sedar tak sedar begitu cepat masa 12 minggu yang di berikan untuk aku menjalani latihan ini...

semasa aku menjalani latihan aku banayak belajar dan aku dapat memahami teori2 yang aku pelajari semasa di kampus dahulu... memang semasa kita pelajari teori kita sukar memahmi pa yang diajar kerana kita tidak dapat melihat secara fizikal benda yang kita pelajari. memang kita mempelajari sesuatu perkara secara mendalam... tetapi jika hanya belajar tanpa membuat secara fizikal dan tidak melihat secara fizikal dan praktikal fungsi sesuatu benda kita sukar untuk memahami perkara tersebut.

bagi aku sistem pendidikan kita sekarang perlu ditukar kepada banyakkan praktikal @ masa mengajar teori disamakan dengan masa untuk mengajar @ pendedahan secara praktikal supaya pelajar lebih nampak sebab mengapa mereka perlu pelajari teori yang compleks dan sukar. selain itu sistem pembelajaran Problem Base Learning (PBL) juga sesuai untuk digunakan kerana sistem ini memberi pelajar suatu masalah yang berkaitan perkara yang mereka pelajari untuk digunakan secara menyeluruh. tetapi perkara ini perlu di buat kajian dengan betul dan mendalam sebelum melaksanakannya. kerana jika jalan perlaksanaan yang salah boleh memberi beban kepada pelajar.



Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86