Monday, August 17, 2009

Liga M oh Liga M

"FAM kekal format Liga M 2010

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa format Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dikekalkan sama seperti format sedia ada.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, hanya pengisian dan syarat-syarat penyertaan akan diperketatkan bagi memastikan Liga M berjalan baik dan kebajikan pemain terjamin.

"Secara keseluruhan, hasil perbincangan hari ini (semalam 15/08/2009) menetapkan format Liga M bagi musim 2010 hingga 2014 akan terus kekal sama seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat Majlis FAM pada 6 Disem- ber 2008," katanya pada sidang media di Kelana Jaya semalam.

Keputusan tersebut sekali gus menyebabkan Pahang tidak lagi 'diselamatkan' oleh FAM seperti setiap kali format baru diperkenalkan sebelum ini apabila skuad Tok Gajah itu akan diturunkan ke Liga Perdana 2010 bersama-sama PDRM.

Pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Perdana, T-Team dan Johor pula akan di- naikkan pangkat beraksi di Liga Super 2010 memandangkan juara Liga Perdana, Harimau Muda hanya berstatus pasukan jemputan.

SDM Kepala Batas yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana pula bakal beraksi pada Liga FAM 2010 manakala dua pasukan teratas Liga FAM musim ini, Pos Malaysia dan Tambun Tulang dinaikkan ke Liga Perdana 2010.

Bagaimanapun, Che Mat memberitahu, kesemua pasukan tersebut perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan FAM.

"Ketika mendaftar penyertaan dalam Liga M 2010 pada 14 Oktober depan, pasukan-pasukan perlu membayar deposit sebanyak RM150,000 untuk Liga Super, RM100,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM.

"Mereka juga perlu mengemukakan surat jaminan daripada kerajaan negeri atau penaja yang menyatakan mereka memiliki kewangan yang kukuh iaitu minimum RM2.5 juta (Liga Super), RM1.5 juta (Liga Perdana) dan RM500,000 bagi Liga FAM," jelasnya.

Jika pasukan-pasukan negeri dan kelab berjaya melepasi proses pendaftaran itu, mereka perlu pula menghadapi 'saringan' kedua iaitu wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan." - sumber Kosmo 16/08/2009


"Format kekal, syarat Liga M diperketat

PETALING JAYA - Tidak ada sebarang perubahan ketara pada Liga Malaysia untuk musim depan, sebaliknya syarat yang dikenakan kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diperketatkan.

Antara syarat yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ialah setiap pasukan yang beraksi musim depan perlu menyelesaikan segala bentuk hutang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji kepada pemain selewat-lewatnya 30 November ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), FAM, Datuk Che Mat Jusoh, mana-mana pasukan yang masih belum menyelesaikan segala hutang mereka tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana Liga Malaysia.

"Setakat ini melihat kepada reaksi setiap wakil pasukan yang mempunyai masalah hutang tersebut menyatakan mereka hendak menyelesaikan segala hutang secepat mungkin seterusnya boleh beraksi dalam saingan musim depan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Jelasnya, setiap pasukan juga perlu membayar deposit pada 14 Oktober ini dengan nilai bagi pasukan Liga Super ialah RM150,000, Liga Perdana RM100,000 dana Liga FAM RM30,000.

"Ia bergantung kepada kemampuan mereka jika mereka hanya mampu bayar sebanyak RM30,000 sedangkan mereka adalah pasukan Liga Super, mereka perlu bermula dari bawah beraksi dalam Liga FAM terlebih dahulu.

"FAM juga akan menimbang kepada pasukan yang mampu membayar RM150,000 jika bukan dari Liga Super mereka berkemungkinan boleh beraksi dalam liga tersebut jika masih mempunyai kekosongan 14 pasukan," katanya.

Kata Che Mat, setiap pasukan yang akan beraksi dalam saingan musim depan juga perlu mengemukakan jaminan bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

"Pasukan dari Liga Super perlu menunjukkan mereka mempunyai sumber kewangan bernilai RM2.5 juta, Liga Perdana, RM1.5 juta, Liga FAM RM500,000 dan Piala Presiden RM30,000 tetapi ia tidak semestinya berbentuk tunai mungkin surat jaminan penaja.

"Bukti ini perlu dikemukakan ketika mereka membayar deposit untuk saingan liga pada 14 Oktober ini," katanya.

Selain mengekalkan 14 pasukan dalam Liga Super, FAM juga bakal menghantar dua pasukan untuk musim depan berbanding satu sebelum ini." - sumber Utusan 16/08/2009


adakah langkah yang di ambil FAM untuk liga malaysia musim akan datang ini adalah yangterbaik?? atau salah 1 cara untuk menyelamat kan pasukan Pahang dari turun ke liga perdana secara tersirat?? semua sedia maklum bahawa pasukan UPM MyTeam sudah menyatakan hasrat untuk menarik diri dalam saingan liga musim akan datang...sekiranya betul pasukan UPB tidak beraksi maka dengan ini pasukan pahang mmeng dapat untuk beraksi dalam saingan liga super... bukan kah sepatut nya pasukan dalam liga super hanya mempunyai 12 pasukan sahaja pada musim 2008 dan dengan tiba2 menjadi 14 pasukan pada tahun 2009 kerana sandiwara yang di lakukan salah 1 pasukan dari liga perdana yang pada mula nya mahu menarik diri sehingga pihak FAM memberi "peluang" pada pasukan kelantan untuk beraksi dalam liga super... tetapi setelah keputusan itu dibuat pasukan yg menarik diri itu membatal kan hasrat sehingga membuatkan FAM menambah bil pasukan dalam liga super... masih ingatkah kalian semua??? pada permulaan musim akan datang aku dapat rasakan skrip yang sama akan berulang dengan pasukan UPB menarikdiri dan pasukan pahang di "naik"kan semula ke liga super dan mungkin UPB pasa saat akhir akan membatalkan niat itu sehingga FAM membuat kan liga super menjadi 15 @ 16 pasukan... adakah ini dikatakan "liga profesional" yang di anjurkan oleh badan bolasepak utama negara??? mungkin liga saja profesional tetapi "pengurusnan" nya tidak... sekiranya kita hendak memprofesionalkan sesuatu kita perlu memprofesionalkan dahulu pengurusan... baru lah semua dapat dijalan kan dalam profesional....

Tuesday, August 11, 2009

Negara dalam bahaya - Sultan Azlan Shah

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

"Oleh itu, undang-undang perlu dipertahankan sebagai instrumen penimbang tara, tidak harus sama sekali dijadikan instrumen politik atau dipolitikkan.

"Kriteria pertimbangan untuk menggubal, menghapus atau meminda undang-undang hendaklah diasaskan kepada kepentingan negara, kepentingan keselamatan dan kepentingan rakyat jelata," titah baginda.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah demikian sewaktu merasmikan Istiadat Konvokesyen UM Ke-48 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini hari ini.

Hadir sama tiga Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah, Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Tan Sri Siti Norma Yaakob serta Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Sempena istiadat itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kemanusiaan) bagi menghargai jasanya kepada negara.

Istiadat enam hari itu menganugerahkan ijazah kepada 6,863 graduan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma.

Dalam pada itu, Sultan Azlan menjelaskan, kedaulatan undang-undang adalah suatu istilah lumrah, mudah disebut dan enak didengar namun susah hendak ditakrif serta diimplementasi malah amat sukar pula difahami dalam erti kata sebenar.

Tegas baginda, istilah kedaulatan undang-undang kadang kala diberi takrifan yang mengandungi unsur-unsur emosi untuk menyesuaikan dengan kehendak sesuatu pihak dan bukannya takrifan yang adil, benar, tepat dan berani berpandukan prinsip undang-undang.

"Lalu berlaku amalan menyimpang daripada semangat pemerintahan yang adil dan saksama hingga membolehkan terjadinya perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan.

"Di pihak rakyat jelata pula, berlaku perbuatan yang bukan saja tidak menghormati undang-undang malah secara provokatif mencabarnya dengan tujuan mencetuskan huru-hara dan kekacauan agar kerajaan yang sah tidak dapat berfungsi secara berkesan," titah baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Azlan menitahkan rakyat supaya membuat pertimbangan secara arif berhubung peristiwa-peristiwa yang dicetuskan secara tersurat dengan niat tersembunyi yang tersirat.

"Warga yang arif dan bijaksana perlu melihat sesuatu isu yang dibangkitkan dan tindak-tanduk politik yang sedang berlaku dari segi konsistensi suara dan perjuangan.

"Ia supaya negara yang aman lagi makmur ini tidak terjerumus dalam kancah huru-hara yang berterusan hingga sumber negara menjadi kurang produktif," titah baginda.


rujukan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Saturday, August 01, 2009

kenape bukan negaraku???

LAWATAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH BATU PAHAT

Satu lawatan kerja oleh Timbalan Perdana Menteri ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 Ogos 2009.Ketetapan seperti berikut:


Tertib Acara

12.10 tgh - Ketibaan Dif-dif jemputan

- Ketibaan YAB Dato' Hj. Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor

- Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia (YAB turun disimpang 3 (sebelum DTII), disambut dengan paluan kompang, barongan, pencak silat, tarian naga, tarian India)

- Menanam pokok palma dan menyempurnakan pelepasan konvoi 20 pelajar berbasika sebagai simbolik pelancaran Kempen Bumi Hijau UTHM

- Bergerak ke Dataran Siswazah (bersalaman)

- Sesi bergambar bersama pelajar UTHM

- Taklimat pembangunan dan akademik UTHM di Dewan 1

- bergerak masuk ke Dewan Utama diiringi bacaan marhaban dan Selawat

- Bacaan Doa

- Koir Lagu UMNO Bersatu dan UMNO Johor.

- Ucapan Datuk Hj Mohamad bn Hj Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading

- Ucapan YAB Dato' Hj Abd Ghani bin Othman,Menteri Besar Johor

- Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

- Pelancaran Buku "Tun Hussein Onn - Permata Manara Gading"

- Penyampaian Cenderahati

- Sidang media di Dewan 1

- Jamuan di Dataran Terbuka


kat atas ni merupakan tentatif majlis lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Kampus UTHM...

bukan aku tak berbangga dengan lawatan beliau ke kampus kesayangan aku... beliau sebagai orang no. 2 dalam negara tidak patut membwa pengaruh pilitik kedalam kampus @ pusat pengajian selaras dengan saranan kerajaan sendiri supaya tidak membenarkan pengaruh pilitik dibawa masuk kedalam pusat2 pengajian. ini telah bertentangan dengan prinsip kerajaan itu sendiri.

sepatutnya beliau menerapkan semangan cintakan negara @ patrotik kepada mahasiswa dengan menyanyikan lagu Negaraku dan juga lagu negeri Johor bukanlah lagu UMNO seperti tercatat dalam tentatif diatas...

pikir lah sndri kenapa banyak pengundi2 baru sudah muak dengan pimpinan negara sekarang....


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86