Monday, November 30, 2009

Sapa yg tak dengar kata???

Lebih 1,000 sertai demonstrasi bantah pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Sekumpulan lebih 100 rakyat Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini.

Tindakan mereka yang membuat kecoh sambil menghamburkan kemarahan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan kerajaan di bawah kepimpinannya itu bukan sahaja menarik perhatian anggota Dewan, malah turut mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.

Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.

Perhimpunan yang bermula sekitar jam 12 tengah hari yang turut disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala, juga menyaksikan potret Ketua Menteri dibakar, gesaan supaya Ketua Menteri letak jawatan diutarakan, dan kata-kata "kerajaan negeri penipu" dilaungkan.

Bagaimanapun perjalanan sidang DUN tidak terjejas dengan demonstrasi itu dan Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya meneruskan sesi soalan lisan.

Polis bagaimanapun berjaya menyuraikan kumpulan berkenaan dan seorang pemimpinnya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari DUN untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu.

Sebelum kekecohan tercetus, Pengerusi Pertubuhan Kampung Buah Pala, M Sugumaran sempat menyerahkan memorandum berhubung nasib sembilan penduduk kampung yang tidak menandatangani surat tawaran rumah teres dua tingkat daripada pemaju kepada Ketua Menteri.

Sementara itu, Ketua Menteri yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak menghalang demonstrasi dilakukan asalkan ia aman dan tidak ganas.

Katanya demonstrasi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai sebahagian daripada proses demokrasi, tetapi ia perlulah secara berhemah.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tindakan ganas kumpulan yang menurutnya dipercayai dijuarai oleh BN itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai budaya politik samseng BN.

Beliau juga mahu polis bertindak adil dan tidak bersikap "pilih kasih" apabila berhadapan dengan mana-mana demonstrasi. - Bernama

sumber: berita harian

sebelum aku nak ulas lg kes ni tngk kat tajuk tu ngan isi dia yg aku bold tuh... mana 1 yg btul nih???

dalam rmai2 yg wat perhimpunan tuh sorang je yg kena tahan??? ni tahan sbb nak ambik keterangan ke sbb wat syarat je kata ada org kena tangkap dlam perhimpunan tu???

semua dah sedia maklum bahawa kes kg buah pala dah tamat dengan semua setuju trma rumah gantian yg d beri oleh kerajaan negeri... yg 9 keluarga tu tak mo ambik umah tu sapa sruh??? ni msti diaorg ni org2 kuat BN yg mmng busuk ati yg tak leh trma kekalahan lg wlaupun dah sthun lbh kalah...

ni ada gambaq bakar gambar KM pp... aku tngk org2 kat dpn poster terbakar tu tak nampak mcm org kg buah pala pun...nampak mcm org2 BN jerk... tu pun nak kata penduduk kg buah pala yg bakaq poster tu??? kaya ttul org buah pala nak p wat poster tu pastu bakaq lak... ish3...

Image Hosted by ImageShack.us
gambar di petik dr Beritah Harian jam 10.00 mlm 30/11/2009

bukan kah PM najib juga yang mengharam kan segala perarakan dan perhimpunan haram dan jalanan diadakan di seluruh negara??? sapa yg tak dengar cakap??? sapa yg samseng??? sapa yg ketegaq???

anda yg tentukan...

Thursday, November 26, 2009

berbaloi ke miliki ALZA???





well... dah agak lama aku tak tulis...so kali ni aku nak cakap skit la sal keta ni. memandang kan produa baru je keluarkan MPV (ye ke MPV??? mcm tak ckup panjang je nak istihar sbgai MPV) so aku nak compare la ngan keta pengeluar tempatan yg satu lg nih... aku tak mo la nak compare ngan MPV pertama negara... sbb MPV tu mmang sah dah panjang... lbh panjang dr Grandlivina, Avanz, Inova, n Wish... lagi pun MPV pertama tu mmang agak lebar nn tinggi gak... bagi aku MPV tu mmang berbaloi la kalau Family besar yamg guna. sebab selesa n ekonomik untuk duit sebab harga pun tak mahal n selesa...

ok... berbalik kepada isu Alza... aku bukan nak kondem trus Alza ni... tp cuma nak kongsi info yang aku ada je la... aku dah tengok Alza kat show room n aku pun dah tru naik kat row tengah alza tu (aku tak duk belakang sbb sah2 aku tak muat nak msuk mklum la aku ni tinggi... kaki panjang...). hmm... ruang kaki kat row tengah tu aku rasa sempit skit dari ruang kaki Persona (kereta jenis Sedan)... ruang untuk bagasi pun tak la besar sekiranya kerusi row ketiga tu tak di turun kan... dan rruang ynag aku nampak bila kerusi tu di turun kan nampak seperti ruang bagasi Persona...so kalau ada anak 4 orang bagi aku dari beli Alza baik beli je Persona... sebab ruang lebih kurang je... nape aku ckp lebh kurang??? sbb klo anak dah 4 orang msti banyak beg yang nak bwa kn kalau balik kg??? so sah2 la kerusi row ketiga tu kena turunkan untuk letak beg2 pakaian... betul tak???

ok sini aku nak kongsi ngan korang yg membaca blog aku... aku bukan cakap kosong... tapi berdasarkan spesifikasi yang di keluarkan oleh pengeluar... aku bandingkan Alza ngan Persona...

1) harga min Alza RM55,490.00, Persona RM 45,499.00
2) kapasiti engin Alza 1.5L, Persona 1.6L
3) panjang kenderaan Alza 4205 mm, Persona 4477mm

lain2 ciri leh la rujuk kat link ni...
Alza, Persona

p/s: yg Persona tu kena klik kat specification dia.

aku harap info ni sedikit sebanyak membantu semua untuk membuat pilihan bijak. pengguna bijak bayak manfaat. sesal dulu pendpatan sesal kemudian tidak berguna...


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86