Thursday, November 26, 2009

berbaloi ke miliki ALZA???





well... dah agak lama aku tak tulis...so kali ni aku nak cakap skit la sal keta ni. memandang kan produa baru je keluarkan MPV (ye ke MPV??? mcm tak ckup panjang je nak istihar sbgai MPV) so aku nak compare la ngan keta pengeluar tempatan yg satu lg nih... aku tak mo la nak compare ngan MPV pertama negara... sbb MPV tu mmang sah dah panjang... lbh panjang dr Grandlivina, Avanz, Inova, n Wish... lagi pun MPV pertama tu mmang agak lebar nn tinggi gak... bagi aku MPV tu mmang berbaloi la kalau Family besar yamg guna. sebab selesa n ekonomik untuk duit sebab harga pun tak mahal n selesa...

ok... berbalik kepada isu Alza... aku bukan nak kondem trus Alza ni... tp cuma nak kongsi info yang aku ada je la... aku dah tengok Alza kat show room n aku pun dah tru naik kat row tengah alza tu (aku tak duk belakang sbb sah2 aku tak muat nak msuk mklum la aku ni tinggi... kaki panjang...). hmm... ruang kaki kat row tengah tu aku rasa sempit skit dari ruang kaki Persona (kereta jenis Sedan)... ruang untuk bagasi pun tak la besar sekiranya kerusi row ketiga tu tak di turun kan... dan rruang ynag aku nampak bila kerusi tu di turun kan nampak seperti ruang bagasi Persona...so kalau ada anak 4 orang bagi aku dari beli Alza baik beli je Persona... sebab ruang lebih kurang je... nape aku ckp lebh kurang??? sbb klo anak dah 4 orang msti banyak beg yang nak bwa kn kalau balik kg??? so sah2 la kerusi row ketiga tu kena turunkan untuk letak beg2 pakaian... betul tak???

ok sini aku nak kongsi ngan korang yg membaca blog aku... aku bukan cakap kosong... tapi berdasarkan spesifikasi yang di keluarkan oleh pengeluar... aku bandingkan Alza ngan Persona...

1) harga min Alza RM55,490.00, Persona RM 45,499.00
2) kapasiti engin Alza 1.5L, Persona 1.6L
3) panjang kenderaan Alza 4205 mm, Persona 4477mm

lain2 ciri leh la rujuk kat link ni...
Alza, Persona

p/s: yg Persona tu kena klik kat specification dia.

aku harap info ni sedikit sebanyak membantu semua untuk membuat pilihan bijak. pengguna bijak bayak manfaat. sesal dulu pendpatan sesal kemudian tidak berguna...

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86