Monday, April 20, 2009

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'
Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.'Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada Sahabat-sahabat
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Salam Ukhwah

Friday, April 10, 2009

Final Exam is Near....

hmm...

sekarang ni dah masuk study leave... so maknanya final wxam pun dah hampir... bila final exam dah hampir bermakna hari2 terakhir aku kat UTHM ni pun dah makin hampir... insyaALLAH kalau tak dak apa aral melintang aku akan tamatkan pengajian peringkat Degree aku lepas final exam sem ni... so kena la bersedia dengan cabaran baru selepas tamat kehidupan aku yang bergelar sebagai pelajar sejak berumur 7 tahun... so aku harap semua sahabat aku yang akan tamat pengajian pada tahun ini all the best in your next life as employer... dunia baru cabaran baru...

untuk semua sahabat, kawan n rakan aku good luck for your final exam for this sem... wish you all the best in your exam and hope you all can get better pointer this sem... buat yang tebaik untuk mendapatkan yang terbaik... ingat lah ALLAH sentiasa ada untuk hamba2Nya... berusaha, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH untuk kejayaan kita...



kalau boleh tinggalkan lah computer n handphone tu untuk bulan exam ni supaya kita dapat menumpukan perhatian pada final kita sem ni....:)

Wednesday, April 08, 2009

politik jap eh.. skit je...

sekarang ni rmai golongan muda yang mengundi pembangkang... ini kerana golongan muda mencari maklumat secara menyeluruh bukan hanya bergantung pada media seperti berita di tv atau di surat kabar semata2... ini adalah cara lama tradisional... kalau orang veteran mungkin terima apa yg di paparkan tanpa memikirkan benar atau slah... terma segala apa yang di kemukan kan dalam media massa selain internet adalah benar... cuba kita lihat pemerintah memberi pendidikan kepada rakyat supaya mereka boleh berfikir dengan betul dan membuat penyiasatan secara mendalam dalam apa2 perkara... tetapi pemerintah sendiri menjadi "bodoh" menipu rakyat yang sudah pandai balam membuat keputusan... bertindak seakan2 rakyat masih di zalam batu di mana hanya surat kabar, radio dan tv sebagai sumber yang boleh d percayaai... fikirkan lah cara yang terbaik untuk meraih semula undi golongan muda pada zaman sekarang... zaman sudan berubah... taktik untuk berkampen juga patut berubah... 1 lg golongan muda sudah muak dengan cara pemerintah yang mengawal media... di mana setiap kali berkempen untuk pelihan raya hanya parti pemerintah pusat yang berpeluang menggunakan media tersebut... parti pembangkang tidak d beri peluang untuk berkampen.. d manakah demokarasi uang di uwar2 kan oleh BN??? kekuatan UMNO bukan lah terletak pada seseorang pemimpin... jangan harap jika Tun M masuk semula mereka akan memperolehi undi golongan muda semula... mereka patut merombak semula UMNO dgn membersihkan semua pucuk pimpinan dari masalah politik wang yang berleluasa pasa zaman sekarang ni... jika pemimpin kita bermain politik wang maka mustahil suatu hari nanti negara kita akan tergadai kerana seorang pemimpin... fikirkan lah... golongan pengundi muda mahukan pemimpin yang tidak ada masalah politik wang... sudah kita lupa bagai mana tanah melayu di jajah oleh orang2 british??? semuanya adalah kerana pangkat, kuasa dan wang... jangan biarkan sejarah penjajahan tanah melayu berulang lagi...

Tuesday, April 07, 2009

accident... :(

huhuhu... tgh ari td aku kluar ke parit raja menaiki moto kawan aku...

ape yg sedih nye aku exciden ngan moto masa nak blik... huhuhu... nsib baik tiada ape2 yang rosak n tak de kecederaan ape2...

sebelum tu aku sebenar nya tengah print out Prosiding paper untuk d hantar pada panel psm aku... tengah2 aku print ink printer abis so aku pun g la pingam moto kawan aku untuk membeli ink printer. agak klam kabut kerana tarikh akhir antar prosiding paper tu dah lama lepas... so memang klam kabut la aku ari ni...

sampai kat parit raja aku keluarkan duit kat maybank sbb dah tak de langsung duit dlm poket aku dari semlm hingga td... hehehe... lpas tu aku pu g la kdai komputer utk membeli ink. lpas aku bli ink tu mcm biasa aku naik moto n mulakan perjalanan... pastu sblum aku kluar ke jln besar aku nampak mamat ni bawa moto mcm tak tau arah nak g kemana... mula2 dia bawarapat ke kiri... pas tu bla aku dah dkat ngan dia tiba2 dia belok nak msuk ke simpang kanan... masa tu aku dah agak laju tapi aku dah beware ngan dia dah... aku dah lari ke kanan skit... pastu ttba di pun laju je nak msuk kae simpang tu tanpa bagi signal utk msuk ke simpang tu... sib baik la aku smpat break n berlaku la perlanggaran kecil tanpa merosakkn apa2 bahagian moto... huhuhu...

p/s : berhati2 la semasa memandu n menunggang... ingat lah orang2 tersayang...
patuhi isyarat n peraturan lalulintas untuk keselamatan bersama...

Saturday, April 04, 2009

Visiting RTM Kajang and Air Traffic Control Tower

hmm... dah lama aku tak post kat ni... bz sikit sekarang ni... maklum la dah hujung sem sekarang ni... banyak keja yang nak kena buat... untuk presentation PSM lg... study untuk inal exam lagi... mencari tempat LI lg.., banyak yang nak kena fikir sekarang ni...

tp ape pun sebenar nya post kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi lawatan ke RTM Kajang n Control Tower KLIA. lawatan ni aku g pada 31/03/2009 yang lepas... banyak gak perkara2 yang menarik yang aku belajar semasa lawatan tersebut. semua nya berkaitan dengan perkara yang aku belajar. tentang transmitter, receiver, power amplifier, transmission line, communication between control tower n pilot, dan lain2 lagi yang menarik ninat aku untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang di panggil air traffic controller.

sedikit sebanyak lawatan ini telah menberi pendedahan kepada aku tentang skop pekerjaan dalam RTM mahu pun dalam kawalan trafik udara. tugas mencabar tetapi membri kebaikan kepada semua orang yang menggunakan perkhidmatan itu. seperti di RTM, jika tiada jurutera d sana maka maklumat terkini mungkin menghadapi masalah untuk di sampaikan kepada seluruh rakyat. bukan setakat d malaysia, tetapi ke eluruh dunia. kerana jika kita tidak mempunyai sistem penyiaran ke seluruh dunia kita tidak dapat menarik pelancong dan kita mungkin d fitnah oleh negara lain tanpa kita dapat memberi penerangan yang seberanrnya.

semasa di KLIA pula aku telah menaiki menara kawalan utama di situ ahli lawatan di beri pendedahan kepada sistem kawalan udara secara mendalam. kami berpeluang untuk meliat sendiri bagaimana orang2 yang bertugas berkominikasi dengan juruterbang semas pendaratan dan juga penerbangan di KLIA. petugas akan memberi arahan kepada juruterbang d laluan mana patut mereka lalu sebelum melakukan penerbangan dan juga semasa pendaratan pesawat. petugas menara kawalan akan berkomunikasi dengan juruterbang sehingga mereka sampai ke terminal yang mereka tujui.

ok sini ade beberapa keping gamba untuk aku kongsi semasa di sana....


pic semasa d RTM Kajang







Pic ni semasa kat KLIA...


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86