Showing posts with label Life in campus. Show all posts
Showing posts with label Life in campus. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

New Gred for IPT Intake next year???

Merit masuk IPTA tahun depan ikut gred baru

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

A+ untuk lepasan SPM 2009, kuota markah asas kekal

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan berkenaan selaras pengenalan sistem penggredan baru oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar SPM 2009.


Bagaimanapun, katanya, kemasukan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan memohon memasuki IPTA tahun depan, penilaian masih gunakan merit sedia ada.

Beliau berkata, kuota markah asas dikekalkan iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum.

Beliau berkata, melalui sistem baru itu, pelajar mendapat A dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18 markah, 16 markah dan 14 markah.

Katanya, gred B+ mendapat merit 12 markah, B (sepuluh), C+ (lapan), C (enam), D (empat), E (dua) dan G dengan merit sifar.

Kementerian mengambil kira aspek kesetaraan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah yang memohon ke IPTA tahun depan menggunakan kaedah lama iaitu 18 markah bagi gred 1A, 16 (2A), 14 (3B), 12 (4B), 10 (5C), 8 (6C), 6 (7D), 4 (8E) dan 0 (9G).

Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, perbezaan markah merit bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan 2009 tidak timbul kerana majoriti mereka yang cemerlang pada 2008 kini sudah di IPTA.

"Sistem gred A+ digunakan kebanyakan negara maju untuk membezakan pelajar benar-benar cemerlang yang turut memberi kesan kepada beberapa aspek termasuk pemberian biasiswa," katanya.

Dr Radin Umar berkata, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera masing-masing mempunyai lima subjek utama yang berbeza serta tiga mata pelajaran tambahan terbaik dalam pengiraan merit.

Subjek utama Sains ialah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan satu daripada kumpulan Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Pengajian Agro Teknologi atau Pengetahuan Sukan.

Subjek utama aliran Sastera ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan satu daripada kumpulan Pengajian Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pengetahuan Moral.

sumber: Berita Harian online 31/10/2009


hmm....

dari keratan akhbar di atas, aku nak mengulas...

apakah bezanya kaedah gred sedia ada dan gred yang baru??? bagi aku yg bezanya cuba tanda A+ dan juga A1 je... bukankah elek seaindainya menggunakan sahaja gred sedia ada tetapi hanya markah merit sahaja di tukar sama ada di tambah jumlah merit atau di kurangkan. kan itu lebih memberi keselesaan di semua peringkat. adakah pihak kementrian menukar gred ini hanya semata-mata hendak menyamakan dengan gred negara maju yang lain??? dimakah laungan "mencapai negara maju dengan acuan sendiri" yang dilaungkan oleh bekas Perdana Menteri yang ke-4 dahulu???

adakah kita hendak menciplak semua sistem pembelajaran negara luar tanpa membuat selidikan terlebih dahulu atas kesan kepada pendidikan negara dalam jangka masa dekat dan jangka masa panjang??? dahulu keputusan SPM di gred kan dengan sispem pangkat, selepas itu di tukar kepada sistem gred A1, A2, B3, dan seterusnya hingga 9G. yang terbaru hendak ditukar kepada sistem gred A+, A, A- dan seterusnya. adakah pertukaran gred ini memberi kesan terhadap jumlah pelajar cemerlang??? pertukaran gred ini tidak akan memberi perubahan pun sekiranya julat markah setia gred itu boleh ubah bergantung pada graf keputusan peperiksaan seperti sekarang ini.

jika di lihat dalam sistem peperiksaan negara, setiap mata pelajaran mempunyai julat markah tersendiri berdasarkan pencapaian semasa pelajar yang mengambil peperiksaan. sekiranya rmai yang mendapat markah tinggi maka julat markah akan naik menjadi mungkin untuk A1 @ A+ itu dari 100 - 90. tetapi jika rmai yang menapat markah rendah mungkin julat marhah itu menjadi dari 100 - 70 mungkin...

jadi sejauh manakah keberkesanan pertukaran sistem gred ini kepada tahap pendidikan negara??? bukankah ia tidak memberi apa2 perbezaan dalam sistem peperiksaan. tetapi perkara ini akan menyusahkan pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini kerana pengumuman di buat ketika peperiksaan SPM sudah hampir dan pelajar tidak akan dapat mengetahui julat gred yang baru ini untuk menilai semasa ingin membuat pemilihan kemasukan ke ITP sebelum keputusan SPM di umumkan kelak.

Thursday, September 17, 2009

Buka Puasa BEP/BET Mid

well... sbna nye majlis ni dah lame dah blangsung... pada 05/09/2009... tp bru trngat nak pos... heheh... biase la malas nak pos...
hmm... ape pun aku mmng enjoy mlm tu... walau pun tak ramai yg join... maklum la majlis ni untuk dak2 class aku yang duk area KL je... tp macam mana aku leh join?? hehehe... sbb aku time ni ada kat KL g interview... huhuhu.... tp tak dpt pun keje nye... biasa la skrang dah dekat nak raya... so company tak nak la ambik pas tu kena bagi cuti panjang lak kan... mungkin pas raya ni dapat la keje... InsyaALLAH... apa pun layan la pic masa majlis ari tu... hehehe...

hahah... dah abis mkn dah smua....

mat lee, amir, sue, salwa, kak pah

mat lee ngan amir

Antara yg ade mlm tu... sorg lg blkang cam... huhuhu...

kat Old Town lepak lepas buka... sembang isu2 hangat.. hehehe...

Lagi gamba?? tngk kat link bawah ni... :)
Album Buka Puasa BEP/BET MidValley 05/09/2009

Friday, April 10, 2009

Final Exam is Near....

hmm...

sekarang ni dah masuk study leave... so maknanya final wxam pun dah hampir... bila final exam dah hampir bermakna hari2 terakhir aku kat UTHM ni pun dah makin hampir... insyaALLAH kalau tak dak apa aral melintang aku akan tamatkan pengajian peringkat Degree aku lepas final exam sem ni... so kena la bersedia dengan cabaran baru selepas tamat kehidupan aku yang bergelar sebagai pelajar sejak berumur 7 tahun... so aku harap semua sahabat aku yang akan tamat pengajian pada tahun ini all the best in your next life as employer... dunia baru cabaran baru...

untuk semua sahabat, kawan n rakan aku good luck for your final exam for this sem... wish you all the best in your exam and hope you all can get better pointer this sem... buat yang tebaik untuk mendapatkan yang terbaik... ingat lah ALLAH sentiasa ada untuk hamba2Nya... berusaha, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH untuk kejayaan kita...



kalau boleh tinggalkan lah computer n handphone tu untuk bulan exam ni supaya kita dapat menumpukan perhatian pada final kita sem ni....:)

Tuesday, April 07, 2009

accident... :(

huhuhu... tgh ari td aku kluar ke parit raja menaiki moto kawan aku...

ape yg sedih nye aku exciden ngan moto masa nak blik... huhuhu... nsib baik tiada ape2 yang rosak n tak de kecederaan ape2...

sebelum tu aku sebenar nya tengah print out Prosiding paper untuk d hantar pada panel psm aku... tengah2 aku print ink printer abis so aku pun g la pingam moto kawan aku untuk membeli ink printer. agak klam kabut kerana tarikh akhir antar prosiding paper tu dah lama lepas... so memang klam kabut la aku ari ni...

sampai kat parit raja aku keluarkan duit kat maybank sbb dah tak de langsung duit dlm poket aku dari semlm hingga td... hehehe... lpas tu aku pu g la kdai komputer utk membeli ink. lpas aku bli ink tu mcm biasa aku naik moto n mulakan perjalanan... pastu sblum aku kluar ke jln besar aku nampak mamat ni bawa moto mcm tak tau arah nak g kemana... mula2 dia bawarapat ke kiri... pas tu bla aku dah dkat ngan dia tiba2 dia belok nak msuk ke simpang kanan... masa tu aku dah agak laju tapi aku dah beware ngan dia dah... aku dah lari ke kanan skit... pastu ttba di pun laju je nak msuk kae simpang tu tanpa bagi signal utk msuk ke simpang tu... sib baik la aku smpat break n berlaku la perlanggaran kecil tanpa merosakkn apa2 bahagian moto... huhuhu...

p/s : berhati2 la semasa memandu n menunggang... ingat lah orang2 tersayang...
patuhi isyarat n peraturan lalulintas untuk keselamatan bersama...

Saturday, April 04, 2009

Visiting RTM Kajang and Air Traffic Control Tower

hmm... dah lama aku tak post kat ni... bz sikit sekarang ni... maklum la dah hujung sem sekarang ni... banyak keja yang nak kena buat... untuk presentation PSM lg... study untuk inal exam lagi... mencari tempat LI lg.., banyak yang nak kena fikir sekarang ni...

tp ape pun sebenar nya post kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi lawatan ke RTM Kajang n Control Tower KLIA. lawatan ni aku g pada 31/03/2009 yang lepas... banyak gak perkara2 yang menarik yang aku belajar semasa lawatan tersebut. semua nya berkaitan dengan perkara yang aku belajar. tentang transmitter, receiver, power amplifier, transmission line, communication between control tower n pilot, dan lain2 lagi yang menarik ninat aku untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang di panggil air traffic controller.

sedikit sebanyak lawatan ini telah menberi pendedahan kepada aku tentang skop pekerjaan dalam RTM mahu pun dalam kawalan trafik udara. tugas mencabar tetapi membri kebaikan kepada semua orang yang menggunakan perkhidmatan itu. seperti di RTM, jika tiada jurutera d sana maka maklumat terkini mungkin menghadapi masalah untuk di sampaikan kepada seluruh rakyat. bukan setakat d malaysia, tetapi ke eluruh dunia. kerana jika kita tidak mempunyai sistem penyiaran ke seluruh dunia kita tidak dapat menarik pelancong dan kita mungkin d fitnah oleh negara lain tanpa kita dapat memberi penerangan yang seberanrnya.

semasa di KLIA pula aku telah menaiki menara kawalan utama di situ ahli lawatan di beri pendedahan kepada sistem kawalan udara secara mendalam. kami berpeluang untuk meliat sendiri bagaimana orang2 yang bertugas berkominikasi dengan juruterbang semas pendaratan dan juga penerbangan di KLIA. petugas akan memberi arahan kepada juruterbang d laluan mana patut mereka lalu sebelum melakukan penerbangan dan juga semasa pendaratan pesawat. petugas menara kawalan akan berkomunikasi dengan juruterbang sehingga mereka sampai ke terminal yang mereka tujui.

ok sini ade beberapa keping gamba untuk aku kongsi semasa di sana....


pic semasa d RTM Kajang







Pic ni semasa kat KLIA...

Wednesday, March 18, 2009

Pelangi Petang???


hmm... ari ni aku bangun lewat kerana tidur lewat semalam untuk menyiapkan slide presentation aku petang ni...

oleh kerana aku bangun lewat maka aku dengan secara tak langsung telah memonteng kelas Satellite Communication System pagi ni... huhuhu... ape nak jadi pun tak tau la...

emm... berbalik pada tujuan asal aku menulis kali ini adalah berkaitan dengan pelangi... 3 ari lepas aku keluar menikmati keindahan alam ciptaan Nya... dalam perjalanan balik ke bilik aku aku ternampak pelangi... betapa indah nya pelangi tersebut dengan pemandangan pada waktu hampir senja... teringat pula aku pada lagu Allahyarham Sudirman yang berjudul Pelangi Petang...

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

adeh... ni yg tak best ni... tetibe tringat kisah lalu pulak.. huhu... tapi ape pun hidup mesti di teruskan... apa yang pergi tetap akan pergi... jika betul ia milik kita pasti ia akan kembali ke pangkuan kita... tapi jika tidak terimalah dengan tabah kerana setiap apa yang berlaku keatas kita pasti ada hikmah... mungkin ia bukan yang terbaik untuk kita... atau kehadiran nya adalah hanya untuk kita belajar tentang erti kehidupan @ persahabatan @ kasih sayang @ lain2 yang berkaitan...

jadilah tabah untuk menghadapi dugaan2 yang mendatang...


Monday, March 16, 2009

Kawan, Teman, Sahabat

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...

Tapi bersahabatlah kerana Allah...

*dipetik dari comment oleh Aziey di page friendster M-A-Rizz all

Sunday, March 01, 2009

FKEE Pre-Graduate Night

hmm..... sebenarnya aku baru balik dari dinner pragraduate fakulti aku... agak meriah gak suasana mlm ni... walau pun tak semua student final year fakulti aku yg datang... tapi kira ok la... sebab semua enjoy pada malam ni...

emm.... sedar tak sedar dah empat tahun aku merantau kat negeri orang untuk menuntut ilmu... banyak kenangan pahit dan manis semasa aku berada di sini... apa pun semua itu akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup aku...

malam ini mungkin malam yang terakhir bagi semua pelajar tahun akhir FKEE UTHM berkumpul sebelum menamatkan pengajian sebagai pelajar under graduate di UTHM. mungkin selepas ini tidak lagi ada kesempatan untuk berkumpul seperti ini... kerana setelah tamat penjian mungkin semua akan sibuk dengan tugas dan kerja masing2...

apa pun aku ingin memohon kemaafan kepada semua rakan2 seperjuangan aku atas kesilapan dan kesalahan aku sepanjang perkenalan kita... aku juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan2 aku pada masa akan datang dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH dalam apa jua bidang dan kejaya yang di ceburi selepas ini....



gamba2 dak2 clas aku....


gamba persembahan pelajar...

Tuesday, December 23, 2008

can i be a better man???

emm.... dah agak lama tak post kat blog aku ni... bukan tak de mase... tapi buat2 sibuk dengan kerja lain.. heheh ... tambah2 aku ngah buat assingment kat real voice dari youth says tu ari... so mcm malas lak nak update blog ni...


emm... dari tajuk tu tetiba je datang idea kat aku utk tulis bab ni lepas dengan lagu dari robbie williams (better man) td... hm... aku terfikir boleh ke aku ni jadi seorang lelaki yang terbaik atau dalam kata lain perfect dalam semua perkara?? persoalan yang mungkin susah untuk di jawab...

aku sebagai manusia biasa, ada banyak kelemahan. so aku pun tak tau la se'perfect' mane aku boleh jadi.. sebab dalam dunia ni tak de manusia yang perfect kan... tapi untuk jaid yang terbaik tu mungkin boleh... aku perlu banyak belajar untuk memperbaiki kelemahan diri aku ni... aku terasa terlalu banyak kelemahan yang terdapat dalam diri aku...

antara kelemahan yang peling ketara dalam diri aku adalah susah mempercayai orang lain walau pun dah lama kenal. n aku susah nak puas ati dengan kerja orang lain. lain dari tu ada lagi perkara yang me3njadi kelemahan aku yang boleh buat orang lain rasa tak selesa ngan aku... aku dapat rasa semua tu dari pada tindak balas orang sekeliling aku... sekarang aku masih mencari cara yang terbaik untuk aku memperbaiki kelemahan diri aku ni...

emm.... bukan senang untuk kita mengubah diri kita jika kita tidak sedar kelemahan diri kita. n bukan senang untuk kita mengubah diri orang lain untuk menjadi kan dia perfect untuk kita... apa yang perlu adalah kita mengubah diri kita untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri n semua orang... benda tu la sekarang aku sedang buat. untuk menjadi kan diri aku ni boleh di terima orang lain n aku boleh menerima orang lain... bneda ni perlukan asa yang agak lama bagi aku untuk aku sesuaikan diri n mencari jalan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik pada semua...

Friday, November 14, 2008

Terima Kasih Warga UTHM

Itulah perkataan yg aku dengar setelah aku menjawab panggilan dari Cikgu Yassin dari Sekolah Kebangsaan Sg. Tongkang tengah hari semalam. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan jajahan Rengit Batu Pahat. Taraf kehidupan orang-orang sekitar kawasan ini tidak begitu maju dan senang dan jumlah pelajar di sekolah ini juga tidak seramai pelajar sekolah bandar yang lain.





Antara wajah2 fasilitator BiSik'08 SKST


pada pertengahan tahun yang lepas, aku dan beberapa orang pelajar UTHM telah membuat program Bakti Siswa Akademik atau lebih di kenali dengan BiSik'08. Program ini merupakan program untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama Malaysia seperti UPSR dan PMR. Untuk fasa pertama bagi BiSik'08 ini telah di jalankan serentak 4 sekolah terpilih iaitu Sekolah Sg. Tongkang dan 3 sekolah dari Daerah Kluang. dengan berbekalkan motivasi yang tinggi dari fasilitator UTHM program ini dapat berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul di peringkat urusetia.





Semalam keputusan pepriksaan UPSR telah di umum kan. pada ketika aku sedang menjamah sarapan pagi aku di kafe TDI aku mendapat panggilan talifon dari cikgu Yassin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program BiSik'08 secara langsung atau pun tidak langsung kerana keputusan UTSR sek tersebut agak memberangsangkan pada tahun ini.

Aku bukan lah nak mengatakan bahawa Program ini telah berjaya mencapai matlamat, tetapi hasil dari penat lelah semua yang terlibat itulah yang patut di beri penghargaan. jika mengikutkan pada garis pengukur, bagi aku program ini harus banyak diperbaiki dari segi teknikal dan persediaan Fasilitator dan urusetia.

BiSik yang akan datang akan di terajui oleh orang baru. aku berharap Pengarah Eksekutif BiSik'09 akan datang dapat mengurus kan Program ini dengan jaya dan mencapai matlamat program ini dilaksanakan.


"Tiada Kejayaan tanpa Usaha yang Gigih"

"Pengorbanan Masa dan Tenaga untuk Kecemerlangan dan Keharmonian Generasi akan datang"

"Dari Mahasiswa kepada Pelajar"

"Ilmu yang Sedikit jika di Kongsi Bersama Amat Bermakna"

Tuesday, November 04, 2008

one down.. three to go..


emm... 1 paper dah lpas smlm.. so tinggl lg 3 paper lg.. harap yg baki ni soalan dia tak la susah sangatkan. baru la boleh naik skit pointer sem ni. dah 3 sem pointer aku jatuh.. truk btul la aku ni.. hmm smlm nye paper agak susah.. tp bak org kate yang dah lepas tu biar kan blalu kan... so skrang ni kena la tumpu yg baki lg 3 ni.. sok ade satu paper n pas tu gap seminggu lbih bru la sambung blik.. lama tul la nak tunggu..nasib badan kn kena la tunggu lama2... hmm...



so sok paper Power elektronik yg tak berapa power bg aku..hehehe.. tu la masuk class asik tido je.. kan dah tak de power.. jangan jadi macam aku k.. masuk class tu dengar la ape yg lecture cakap n ajar kat depan tu.. kalo tak nanti tak tau ape yg dah belajar susah lak nak jawab test n final exam..



emm ni la subjek aku nak jwab sok.. nak study macam malas je malam ni.. tak de mood lg nak study.. tengok je la buku n module ni malam ni.. huhuhu...





ni la antara isi2 dalam module n buku power elektronik yg aku belajar.. ni baru first chapter baru tak chapter 2,3 n lain2 lagi.. tak tau la sempat ke tak nak study sok pagi sebelum exam sok ni.. hmm... ape pun gud luck la pada semua member aku sok n sape2 yang exam sok.. buat la tbaik utk exam ni.. ingat kita study ni bukan nak lulus n dapat kptsan yg cemerlang.. tp kita study ni kerana ALLAH.. baru la ilmu yang kita belajar ni berkat sampai ke akhir hayat..

Sunday, November 02, 2008

study week vs exam week

hmm... dah smpai hjung study week dah skrang ni... sok dah mule paper... tp tak study ape2 pun lg.. ape nak jd pun tak tau la... mcm pasrah je nak jwb sok.. dah la subjek sok pun aku tak pham ape yg d ajar dlm class... huhuhu...

mmang ssah la klo tak de mood utk study ni... nak ngadap buku pun mlas.... bnyak buang mase je.. duk kat meja tngk buku.. pastu kluar jln2 buang mase... tu je la keje aku hehehe... pastu kluar... study nye tak gak... ntah la... aku ni mmang mlas nak study la...

hmm... ape2 pun hope leh la jwab sok... anyway good luck pada semua kwn2 yg akn ambik exam... all d best to you all...


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86