Sunday, March 01, 2009

FKEE Pre-Graduate Night

hmm..... sebenarnya aku baru balik dari dinner pragraduate fakulti aku... agak meriah gak suasana mlm ni... walau pun tak semua student final year fakulti aku yg datang... tapi kira ok la... sebab semua enjoy pada malam ni...

emm.... sedar tak sedar dah empat tahun aku merantau kat negeri orang untuk menuntut ilmu... banyak kenangan pahit dan manis semasa aku berada di sini... apa pun semua itu akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup aku...

malam ini mungkin malam yang terakhir bagi semua pelajar tahun akhir FKEE UTHM berkumpul sebelum menamatkan pengajian sebagai pelajar under graduate di UTHM. mungkin selepas ini tidak lagi ada kesempatan untuk berkumpul seperti ini... kerana setelah tamat penjian mungkin semua akan sibuk dengan tugas dan kerja masing2...

apa pun aku ingin memohon kemaafan kepada semua rakan2 seperjuangan aku atas kesilapan dan kesalahan aku sepanjang perkenalan kita... aku juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan2 aku pada masa akan datang dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH dalam apa jua bidang dan kejaya yang di ceburi selepas ini....



gamba2 dak2 clas aku....


gamba persembahan pelajar...

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86