Wednesday, December 23, 2009

sukan tempatan V/S sukan antarabangsa

Assalammu'alaikum....

apa kabar semua?? post kali ni aku aku cuma nak beri pandangan mengenai isu liputan sukan tempatan dan juga sukan antarabangsa. saban hari di negara kita terdengar isu berkaitan perkembangan sukan dan juga isu yang boleh di katakan besar ialah isu sokongan dan perhatian rakyat malaysia terhadap sukan tempatan. dimana silap nya??? mengapa rakyaat malaysia lebih memberi perhatian terhadap perkembangan sukan antarabangsa??? mengapa rakyat malaysia lebih mengenali bintang2 sukan antarabangsa??? dan yang menjadi perbualan paling hangat ialah mengenai isu bola sepak... mengapa rakyat malaysia lebih berminat dan cenderung meminati pasukan2 luar negara berbanding pasukan negara dan liga tempatan???

setelah aku melihat dari sudut penyiaran baik radia, television, internet mahupun suratkhabar... aku dapati berita2 banyak merangkumi perkembangan sukan luar berbanding sukan tempatan. siaran television juga lebih banyak menyiarkan perkembangan sukan luar berbanding sukan tempatan.

kita mempunyai syarikat penyiaran television sendri, kita mempunyai satellite sendiri, kita punyai syarikat broadcast sendiri... tapi mengapa lebih banyak liputan luar negara di berikan berbanding liputan dalam negara??? mengapa kita tidak mampu untuk membuat 1 saluran khas untuk liputan sukan tempatan??? kita sudah 52 tahun merdeka... sudah memiliki sistem broadcast dan satellite sendiri... tetapi perkembangan sukan tempatan masih lagi kurang diberi liputan yang terbaik.

mengapa kita lebih banyak menyiarkan perkembangan sukan luar berbanding perkebangan sukan tempatan??? pelanggan ASTRO di hidangkan perkembangan sukan antarabangsa setiap hari lebih dari 4 saluran... tetapi perkembangan sukan tempatan tidak pula dihidangkan... jika hendak tahu perkembangan kena la tunggu masa berita2 utama di siaran television kerajaan dan swasta yang lain... itu pun hanya 5 minit di beri untuk siaran berita sukan di saluran berkenaan... cukup kah hanya 5 minit satu hari ditambah lagi dengan berita sukan luar negara??? sudah semestinya tidak mencukupi... jadi bagaimana rakyat malaysia hendak tahu perkembangan sukan tempatan dengan lebih banyak??? bagai mana kita hendak meningkatkan sokongan rakyat untuk lebih meminati sukan dan pasukan tempatan jika perkembangan sukan tempatan yang sampai di mata dan telinga rakyat amat sedikit???

jika dibandingkan dengan liputan sukan antarabangsa... jauh ketinggalan dibelakang liputan sukan tempatan dari segi masa penyiaran di kaca television negara kita... bagai mana kita hendak meningkatkan peminat sukan tempatan??? cara nya dengan meningkatkan masa siaran liputan dan perkembangan sukan tempatan di kaca television. tidak salah jika kerajaan melabur untuk mewujudkan siaran khas sukan tempatan untuk meningkatkan minat dan sokongan rakyat malaysia terhadap sukan tempatan.

Tuesday, December 08, 2009

seperti yg di jangka... ia terjadi juga akhir nya...

Harimau kekal Liga Perdana

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my



SEPERTI satu sandiwara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpatah balik daripada keputusannya untuk menaikkan Harimau Muda ke Liga Super, sebaliknya memilih mengekalkan pasukan kedua tercorot musim lalu, Pahang dalam keputusan yang pastinya akan mencetuskan dakwaan 'pilih kasih' di kalangan pengkritik bola sepak tanah air.

Sejak sekian lama, teori konspirasi berlegar bahawa Pahang - negeri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah - akan diberi layanan istimewa dengan jawatankuasa pertandingan tempatan akan merombak format Liga Malaysia memastikan mereka kekal di pentas elit sungguh pun mereka sepatutnya beraksi pada Liga Perdana, musim depan.


Walau pun dakwaan 'pilih kasih' dinafikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Che Mat Jusoh, sukar untuk difahami bagaimana pasukan yang diturunkan ke saingan divisyen dua pada 2010 diletakkan sebagai pasukan ranking teratas Liga Perdana sebelum musim bermula dan berada pada pilihan teratas untuk dinaikkan jika terdapat kekosongan di Liga Super.


Andai mengikut keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan minggu lalu, Harimau Muda, T-Team, Johor dan Kuala Lumpur dinaikkan ke Liga Super berdasarkan kedudukan empat teratas Liga Perdana, namun FAM kali ini mengembalikan Pahang dan bukan pasukan tempat kelima, Proton FC.

"Apabila kita susun balik Liga Perdana, kita mendapati Pahang menduduki tempat teratas. Tuanku (Sultan Ahmad Shah) awal-awal berkata bahawa dia tidak mahu dilihat sebagai pilih kasih.

"Keputusan ini diambil berdasarkan majoriti ahli majlis," kata Che Mat pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis di Wisma FAM semalam.

Lebih parah, FAM memilih untuk tunduk kepada desakan ahli gabungan mengembalikan pemain bawah 21 tahun Harimau Muda kepada pasukan negeri dengan pasukan itu yang dibentuk sejak sekian lama dipisahkan dan hanya dikumpulkan semula bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

Kini Liga Super akan kekal dengan 14 pasukan manakala Liga Perdana buat masa sekarang mempunyai 11 pasukan termasuk Harimau Muda yang dibarisi pemain bawah 19 tahun.

sumber: Berita Harian Online

well... sebelum ni aku ada post sal format liga M musim depan... n aku gak ada menyatakn bahawa Pahang akan di selamat kan dari pergi ke liga perdana musim depan...(rujuk sini) so kenyataan sudah berada di depan mata... negeri pahang tidak bermain di liga perdana musim depan... tetapi di liga super dengan pihak FAM mengorbankan pasikan Harimau malaya B23 yang di latih oleh jurulatih baru iaitu Azrai Khor Abdullah yang mana sanggup melepaskan khidmat di kedah demi untuk melatih pasukan harimau malaya pergi lebih jauh dalam liga Super musim hadapan... tetapi nyata pengorbanan beliau agak sia2 kerana pengerusi FAM hanya hendak melihat pasukan bagainda tidak jatuh ke liga perdana... anda yang melihat anada yang tentukan ia...

sememangnya jika seseorang yang berat sebelah mewakili sesuatu persatuan @ organisasi pasti dia akan bertindak untuk menjaga kepentingan dia dan orang2 yang berkaitan dengan dia... ini adalah satu contoh dalam persatuan... jika kita lihat dari skop yang lebih luas??? kita sendiri yang tahu... orang yang memerhati tanpa menyebelahi mana2 pihak akan nampak baik buruk sesuatu itu....


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86