Wednesday, December 23, 2009

sukan tempatan V/S sukan antarabangsa

Assalammu'alaikum....

apa kabar semua?? post kali ni aku aku cuma nak beri pandangan mengenai isu liputan sukan tempatan dan juga sukan antarabangsa. saban hari di negara kita terdengar isu berkaitan perkembangan sukan dan juga isu yang boleh di katakan besar ialah isu sokongan dan perhatian rakyat malaysia terhadap sukan tempatan. dimana silap nya??? mengapa rakyaat malaysia lebih memberi perhatian terhadap perkembangan sukan antarabangsa??? mengapa rakyat malaysia lebih mengenali bintang2 sukan antarabangsa??? dan yang menjadi perbualan paling hangat ialah mengenai isu bola sepak... mengapa rakyat malaysia lebih berminat dan cenderung meminati pasukan2 luar negara berbanding pasukan negara dan liga tempatan???

setelah aku melihat dari sudut penyiaran baik radia, television, internet mahupun suratkhabar... aku dapati berita2 banyak merangkumi perkembangan sukan luar berbanding sukan tempatan. siaran television juga lebih banyak menyiarkan perkembangan sukan luar berbanding sukan tempatan.

kita mempunyai syarikat penyiaran television sendri, kita mempunyai satellite sendiri, kita punyai syarikat broadcast sendiri... tapi mengapa lebih banyak liputan luar negara di berikan berbanding liputan dalam negara??? mengapa kita tidak mampu untuk membuat 1 saluran khas untuk liputan sukan tempatan??? kita sudah 52 tahun merdeka... sudah memiliki sistem broadcast dan satellite sendiri... tetapi perkembangan sukan tempatan masih lagi kurang diberi liputan yang terbaik.

mengapa kita lebih banyak menyiarkan perkembangan sukan luar berbanding perkebangan sukan tempatan??? pelanggan ASTRO di hidangkan perkembangan sukan antarabangsa setiap hari lebih dari 4 saluran... tetapi perkembangan sukan tempatan tidak pula dihidangkan... jika hendak tahu perkembangan kena la tunggu masa berita2 utama di siaran television kerajaan dan swasta yang lain... itu pun hanya 5 minit di beri untuk siaran berita sukan di saluran berkenaan... cukup kah hanya 5 minit satu hari ditambah lagi dengan berita sukan luar negara??? sudah semestinya tidak mencukupi... jadi bagaimana rakyat malaysia hendak tahu perkembangan sukan tempatan dengan lebih banyak??? bagai mana kita hendak meningkatkan sokongan rakyat untuk lebih meminati sukan dan pasukan tempatan jika perkembangan sukan tempatan yang sampai di mata dan telinga rakyat amat sedikit???

jika dibandingkan dengan liputan sukan antarabangsa... jauh ketinggalan dibelakang liputan sukan tempatan dari segi masa penyiaran di kaca television negara kita... bagai mana kita hendak meningkatkan peminat sukan tempatan??? cara nya dengan meningkatkan masa siaran liputan dan perkembangan sukan tempatan di kaca television. tidak salah jika kerajaan melabur untuk mewujudkan siaran khas sukan tempatan untuk meningkatkan minat dan sokongan rakyat malaysia terhadap sukan tempatan.

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86