Friday, January 01, 2010

gula naik harga???

Harga gula naik 20 sen

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my

PUTRAJAYA: Harga runcit gula di pasaran tempatan dinaikkan 20 sen sekilogram berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata, harga runcit baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sen sekilogram, manakala di Sabah dan Sarawak RM1.75 sekilogram.

“Kerajaan mengambil langkah itu berdasarkan faktor sosioekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia yang kini mencecah RM2.20 sekilogram berbanding RM1.35 sekilogram ketika kontrak jangka panjang bagi 2009-2011 ditandatangani dengan pembekal gula antarabangsa sebelum ini.


“Langkah itu juga bertujuan mengurangkan subsidi yang terlalu tinggi terpaksa dibayar kerajaan kepada pengilang gula setiap tahun bagi memastikan harga runcit bahan itu sentiasa stabil,” katanya pada sedia media di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun harga gula di seluruh negara dinaikkan 20 sen sekilogram, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen sekilogram atau RM1.008 bilion pada 2010 berbanding RM720 juta pada tahun lalu.

"Pemberian subsidi itu juga bertujuan mengurangkan beban ditanggung pengguna dan pihak industri berikutan kenaikan harga gula di pasaran dunia," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Zain berkata, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara Asean lain termasuk Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (RM3.05 sekilogram), Indonesia (RM3.40 sekilogram) dan Filipina (RM3.62 sekilogram).

Malah, beliau berkata rakyat di negara ini mungkin terpaksa berdepan kenaikan harga gula sebanyak RM1 sekilogram jika kerajaan tidak memberikan subsidi.

Katanya, jika kerajaan mengekalkan harga gula pada paras lama, iaitu RM1.45 sekilogram di Semenanjung dan RM1.55 di Sabah dan Sarawak, jumlah subsidi terpaksa ditanggung adalah se RM1.26 bilion setahun.

"Justeru, kerajaan mengambil keputusan subsidi akan dibayar tetapi jumlahnya dikurangkan dengan meningkatkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa mulai jam 12 tengah malam ini (malam tadi)," katanya.

Beliau berkata, kajian kementerian juga mendapati kenaikan harga gula juga akan memberi kesan minimum terhadap peningkatan harga barang makanan yang mempunyai kandungan gula seperti susu cair, teh tarik dan minuman dalam tin.

"Misalnya, secawan teh tarik atau kopi yang kita anggarkan mempunyai kandungan gula sebanyak 40 gram akan menerima kesan kenaikan harga sebanyak 0.8 sen.

"Kementerian akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati," katanya.

Beliau berkata mulai hari ini, kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan.

sumber: Berita Harian 01/01/10


Ulasan:


hmm... menjelang sambutan tahun baru 2010 semalam kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga gula dalam pasaran negara. mungkin ramai yang tidak sedari tentang kenaikan ini kerana sibuk untuk menyambut kedatangan tahun 2010 ini. hmm... ini lah kerajaan kita sekarang... mengambil kesempatan atas kesibukan perkara lain untuk menaikan harga barangan keperluan.

hari ini gula telah dinaikkan harga sebanyak 20 sen kepada RM1.65, jika kita lihat implikasi kenaikan harga gula ini rakyat akna terus terbeban dengan kenaikan harga barangan lain yang berasaskan gula. ini kerana pengusaha dan penjual akan mengambil kesempatan keatas kenaikan gula ini untuk menaikan harga barangan lain kerana kenaikan gula ini. pengalam telah mengajar kita bagai mana kenaikan harga gulaa memberi impak yamg besar keatas harga barangan yang lain. setiap kali harga gula pasaran naik setiap kali jugalah harga barangan terutamanya makanan naik mendadak.

ya... inilah dikatakan rakyat diutamakan. kerajaan boros berbelanja, rakyat yang tanggung kos berlebihan kerajaan. orang2 yamg bergaji besar tidak akan merasa kenaikan ini... tetapi orang2 yang dalam lingkungan sokongan dan yang berpendapatan rendah yang merasa.

bagaimana kita sebuah negara pengeluar gula terpaksa menaikkan harga gula pasaran tempatan??? aku lihat dalam gula dalan pasaran tempatan semuanya adalah gula keluaran tempatan. tetapi mengapa harga di naikkan mengikut harga pasaran??? jika negara kita bergantung pada gula import mungkin berasas kenaikan harga terbabit kerana kos import sudah naik.

sepatutnya sesebuah negara penengeluar tidak bergantung harga pada pasaran antarabangsa kerana negara pengeluar tersebut mampu mengawal harga pengeluaran dalam negara. intuk eksport negara pengeluar boleh naikkan harga kerana kos2 lain yang naik. tetapi untuk pasaran dalam negara, negara pengeluar tetap boleh mengawal harga pada harga yang rendah. jika bekalan dalam negara kurang, jumlah eksport boleh dikurangkan untuk memberi keutamaan untuk penggunaan dalam negara terlebih dahulu. fikirkanlah hingga bila kita hendak di bodohkan oleh orang bodoh???

sekian....

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86