Monday, August 17, 2009

Liga M oh Liga M

"FAM kekal format Liga M 2010

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa format Liga Malaysia (Liga M) musim depan akan dikekalkan sama seperti format sedia ada.

Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, hanya pengisian dan syarat-syarat penyertaan akan diperketatkan bagi memastikan Liga M berjalan baik dan kebajikan pemain terjamin.

"Secara keseluruhan, hasil perbincangan hari ini (semalam 15/08/2009) menetapkan format Liga M bagi musim 2010 hingga 2014 akan terus kekal sama seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat Majlis FAM pada 6 Disem- ber 2008," katanya pada sidang media di Kelana Jaya semalam.

Keputusan tersebut sekali gus menyebabkan Pahang tidak lagi 'diselamatkan' oleh FAM seperti setiap kali format baru diperkenalkan sebelum ini apabila skuad Tok Gajah itu akan diturunkan ke Liga Perdana 2010 bersama-sama PDRM.

Pasukan tempat kedua dan ketiga Liga Perdana, T-Team dan Johor pula akan di- naikkan pangkat beraksi di Liga Super 2010 memandangkan juara Liga Perdana, Harimau Muda hanya berstatus pasukan jemputan.

SDM Kepala Batas yang menduduki tangga tercorot Liga Perdana pula bakal beraksi pada Liga FAM 2010 manakala dua pasukan teratas Liga FAM musim ini, Pos Malaysia dan Tambun Tulang dinaikkan ke Liga Perdana 2010.

Bagaimanapun, Che Mat memberitahu, kesemua pasukan tersebut perlu melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan FAM.

"Ketika mendaftar penyertaan dalam Liga M 2010 pada 14 Oktober depan, pasukan-pasukan perlu membayar deposit sebanyak RM150,000 untuk Liga Super, RM100,000 untuk Liga Perdana dan RM30,000 untuk Liga FAM.

"Mereka juga perlu mengemukakan surat jaminan daripada kerajaan negeri atau penaja yang menyatakan mereka memiliki kewangan yang kukuh iaitu minimum RM2.5 juta (Liga Super), RM1.5 juta (Liga Perdana) dan RM500,000 bagi Liga FAM," jelasnya.

Jika pasukan-pasukan negeri dan kelab berjaya melepasi proses pendaftaran itu, mereka perlu pula menghadapi 'saringan' kedua iaitu wajib menyelesaikan hutang-hutang termasuk gaji tertunggak pemain dan caruman KWSP sebelum 30 November depan." - sumber Kosmo 16/08/2009


"Format kekal, syarat Liga M diperketat

PETALING JAYA - Tidak ada sebarang perubahan ketara pada Liga Malaysia untuk musim depan, sebaliknya syarat yang dikenakan kepada pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM diperketatkan.

Antara syarat yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ialah setiap pasukan yang beraksi musim depan perlu menyelesaikan segala bentuk hutang termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembayaran gaji kepada pemain selewat-lewatnya 30 November ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), FAM, Datuk Che Mat Jusoh, mana-mana pasukan yang masih belum menyelesaikan segala hutang mereka tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana Liga Malaysia.

"Setakat ini melihat kepada reaksi setiap wakil pasukan yang mempunyai masalah hutang tersebut menyatakan mereka hendak menyelesaikan segala hutang secepat mungkin seterusnya boleh beraksi dalam saingan musim depan," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Jelasnya, setiap pasukan juga perlu membayar deposit pada 14 Oktober ini dengan nilai bagi pasukan Liga Super ialah RM150,000, Liga Perdana RM100,000 dana Liga FAM RM30,000.

"Ia bergantung kepada kemampuan mereka jika mereka hanya mampu bayar sebanyak RM30,000 sedangkan mereka adalah pasukan Liga Super, mereka perlu bermula dari bawah beraksi dalam Liga FAM terlebih dahulu.

"FAM juga akan menimbang kepada pasukan yang mampu membayar RM150,000 jika bukan dari Liga Super mereka berkemungkinan boleh beraksi dalam liga tersebut jika masih mempunyai kekosongan 14 pasukan," katanya.

Kata Che Mat, setiap pasukan yang akan beraksi dalam saingan musim depan juga perlu mengemukakan jaminan bahawa mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

"Pasukan dari Liga Super perlu menunjukkan mereka mempunyai sumber kewangan bernilai RM2.5 juta, Liga Perdana, RM1.5 juta, Liga FAM RM500,000 dan Piala Presiden RM30,000 tetapi ia tidak semestinya berbentuk tunai mungkin surat jaminan penaja.

"Bukti ini perlu dikemukakan ketika mereka membayar deposit untuk saingan liga pada 14 Oktober ini," katanya.

Selain mengekalkan 14 pasukan dalam Liga Super, FAM juga bakal menghantar dua pasukan untuk musim depan berbanding satu sebelum ini." - sumber Utusan 16/08/2009


adakah langkah yang di ambil FAM untuk liga malaysia musim akan datang ini adalah yangterbaik?? atau salah 1 cara untuk menyelamat kan pasukan Pahang dari turun ke liga perdana secara tersirat?? semua sedia maklum bahawa pasukan UPM MyTeam sudah menyatakan hasrat untuk menarik diri dalam saingan liga musim akan datang...sekiranya betul pasukan UPB tidak beraksi maka dengan ini pasukan pahang mmeng dapat untuk beraksi dalam saingan liga super... bukan kah sepatut nya pasukan dalam liga super hanya mempunyai 12 pasukan sahaja pada musim 2008 dan dengan tiba2 menjadi 14 pasukan pada tahun 2009 kerana sandiwara yang di lakukan salah 1 pasukan dari liga perdana yang pada mula nya mahu menarik diri sehingga pihak FAM memberi "peluang" pada pasukan kelantan untuk beraksi dalam liga super... tetapi setelah keputusan itu dibuat pasukan yg menarik diri itu membatal kan hasrat sehingga membuatkan FAM menambah bil pasukan dalam liga super... masih ingatkah kalian semua??? pada permulaan musim akan datang aku dapat rasakan skrip yang sama akan berulang dengan pasukan UPB menarikdiri dan pasukan pahang di "naik"kan semula ke liga super dan mungkin UPB pasa saat akhir akan membatalkan niat itu sehingga FAM membuat kan liga super menjadi 15 @ 16 pasukan... adakah ini dikatakan "liga profesional" yang di anjurkan oleh badan bolasepak utama negara??? mungkin liga saja profesional tetapi "pengurusnan" nya tidak... sekiranya kita hendak memprofesionalkan sesuatu kita perlu memprofesionalkan dahulu pengurusan... baru lah semua dapat dijalan kan dalam profesional....

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86