Saturday, April 04, 2009

Visiting RTM Kajang and Air Traffic Control Tower

hmm... dah lama aku tak post kat ni... bz sikit sekarang ni... maklum la dah hujung sem sekarang ni... banyak keja yang nak kena buat... untuk presentation PSM lg... study untuk inal exam lagi... mencari tempat LI lg.., banyak yang nak kena fikir sekarang ni...

tp ape pun sebenar nya post kali ni aku nak kongsi pengalaman aku pergi lawatan ke RTM Kajang n Control Tower KLIA. lawatan ni aku g pada 31/03/2009 yang lepas... banyak gak perkara2 yang menarik yang aku belajar semasa lawatan tersebut. semua nya berkaitan dengan perkara yang aku belajar. tentang transmitter, receiver, power amplifier, transmission line, communication between control tower n pilot, dan lain2 lagi yang menarik ninat aku untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang di panggil air traffic controller.

sedikit sebanyak lawatan ini telah menberi pendedahan kepada aku tentang skop pekerjaan dalam RTM mahu pun dalam kawalan trafik udara. tugas mencabar tetapi membri kebaikan kepada semua orang yang menggunakan perkhidmatan itu. seperti di RTM, jika tiada jurutera d sana maka maklumat terkini mungkin menghadapi masalah untuk di sampaikan kepada seluruh rakyat. bukan setakat d malaysia, tetapi ke eluruh dunia. kerana jika kita tidak mempunyai sistem penyiaran ke seluruh dunia kita tidak dapat menarik pelancong dan kita mungkin d fitnah oleh negara lain tanpa kita dapat memberi penerangan yang seberanrnya.

semasa di KLIA pula aku telah menaiki menara kawalan utama di situ ahli lawatan di beri pendedahan kepada sistem kawalan udara secara mendalam. kami berpeluang untuk meliat sendiri bagaimana orang2 yang bertugas berkominikasi dengan juruterbang semas pendaratan dan juga penerbangan di KLIA. petugas akan memberi arahan kepada juruterbang d laluan mana patut mereka lalu sebelum melakukan penerbangan dan juga semasa pendaratan pesawat. petugas menara kawalan akan berkomunikasi dengan juruterbang sehingga mereka sampai ke terminal yang mereka tujui.

ok sini ade beberapa keping gamba untuk aku kongsi semasa di sana....


pic semasa d RTM Kajang







Pic ni semasa kat KLIA...

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86