Friday, November 14, 2008

Terima Kasih Warga UTHM

Itulah perkataan yg aku dengar setelah aku menjawab panggilan dari Cikgu Yassin dari Sekolah Kebangsaan Sg. Tongkang tengah hari semalam. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan jajahan Rengit Batu Pahat. Taraf kehidupan orang-orang sekitar kawasan ini tidak begitu maju dan senang dan jumlah pelajar di sekolah ini juga tidak seramai pelajar sekolah bandar yang lain.





Antara wajah2 fasilitator BiSik'08 SKST


pada pertengahan tahun yang lepas, aku dan beberapa orang pelajar UTHM telah membuat program Bakti Siswa Akademik atau lebih di kenali dengan BiSik'08. Program ini merupakan program untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama Malaysia seperti UPSR dan PMR. Untuk fasa pertama bagi BiSik'08 ini telah di jalankan serentak 4 sekolah terpilih iaitu Sekolah Sg. Tongkang dan 3 sekolah dari Daerah Kluang. dengan berbekalkan motivasi yang tinggi dari fasilitator UTHM program ini dapat berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul di peringkat urusetia.





Semalam keputusan pepriksaan UPSR telah di umum kan. pada ketika aku sedang menjamah sarapan pagi aku di kafe TDI aku mendapat panggilan talifon dari cikgu Yassin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program BiSik'08 secara langsung atau pun tidak langsung kerana keputusan UTSR sek tersebut agak memberangsangkan pada tahun ini.

Aku bukan lah nak mengatakan bahawa Program ini telah berjaya mencapai matlamat, tetapi hasil dari penat lelah semua yang terlibat itulah yang patut di beri penghargaan. jika mengikutkan pada garis pengukur, bagi aku program ini harus banyak diperbaiki dari segi teknikal dan persediaan Fasilitator dan urusetia.

BiSik yang akan datang akan di terajui oleh orang baru. aku berharap Pengarah Eksekutif BiSik'09 akan datang dapat mengurus kan Program ini dengan jaya dan mencapai matlamat program ini dilaksanakan.


"Tiada Kejayaan tanpa Usaha yang Gigih"

"Pengorbanan Masa dan Tenaga untuk Kecemerlangan dan Keharmonian Generasi akan datang"

"Dari Mahasiswa kepada Pelajar"

"Ilmu yang Sedikit jika di Kongsi Bersama Amat Bermakna"

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86