Saturday, October 31, 2009

New Gred for IPT Intake next year???

Merit masuk IPTA tahun depan ikut gred baru

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

A+ untuk lepasan SPM 2009, kuota markah asas kekal

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan berkenaan selaras pengenalan sistem penggredan baru oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar SPM 2009.


Bagaimanapun, katanya, kemasukan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan memohon memasuki IPTA tahun depan, penilaian masih gunakan merit sedia ada.

Beliau berkata, kuota markah asas dikekalkan iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum.

Beliau berkata, melalui sistem baru itu, pelajar mendapat A dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18 markah, 16 markah dan 14 markah.

Katanya, gred B+ mendapat merit 12 markah, B (sepuluh), C+ (lapan), C (enam), D (empat), E (dua) dan G dengan merit sifar.

Kementerian mengambil kira aspek kesetaraan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah yang memohon ke IPTA tahun depan menggunakan kaedah lama iaitu 18 markah bagi gred 1A, 16 (2A), 14 (3B), 12 (4B), 10 (5C), 8 (6C), 6 (7D), 4 (8E) dan 0 (9G).

Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, perbezaan markah merit bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan 2009 tidak timbul kerana majoriti mereka yang cemerlang pada 2008 kini sudah di IPTA.

"Sistem gred A+ digunakan kebanyakan negara maju untuk membezakan pelajar benar-benar cemerlang yang turut memberi kesan kepada beberapa aspek termasuk pemberian biasiswa," katanya.

Dr Radin Umar berkata, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera masing-masing mempunyai lima subjek utama yang berbeza serta tiga mata pelajaran tambahan terbaik dalam pengiraan merit.

Subjek utama Sains ialah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan satu daripada kumpulan Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Pengajian Agro Teknologi atau Pengetahuan Sukan.

Subjek utama aliran Sastera ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan satu daripada kumpulan Pengajian Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pengetahuan Moral.

sumber: Berita Harian online 31/10/2009


hmm....

dari keratan akhbar di atas, aku nak mengulas...

apakah bezanya kaedah gred sedia ada dan gred yang baru??? bagi aku yg bezanya cuba tanda A+ dan juga A1 je... bukankah elek seaindainya menggunakan sahaja gred sedia ada tetapi hanya markah merit sahaja di tukar sama ada di tambah jumlah merit atau di kurangkan. kan itu lebih memberi keselesaan di semua peringkat. adakah pihak kementrian menukar gred ini hanya semata-mata hendak menyamakan dengan gred negara maju yang lain??? dimakah laungan "mencapai negara maju dengan acuan sendiri" yang dilaungkan oleh bekas Perdana Menteri yang ke-4 dahulu???

adakah kita hendak menciplak semua sistem pembelajaran negara luar tanpa membuat selidikan terlebih dahulu atas kesan kepada pendidikan negara dalam jangka masa dekat dan jangka masa panjang??? dahulu keputusan SPM di gred kan dengan sispem pangkat, selepas itu di tukar kepada sistem gred A1, A2, B3, dan seterusnya hingga 9G. yang terbaru hendak ditukar kepada sistem gred A+, A, A- dan seterusnya. adakah pertukaran gred ini memberi kesan terhadap jumlah pelajar cemerlang??? pertukaran gred ini tidak akan memberi perubahan pun sekiranya julat markah setia gred itu boleh ubah bergantung pada graf keputusan peperiksaan seperti sekarang ini.

jika di lihat dalam sistem peperiksaan negara, setiap mata pelajaran mempunyai julat markah tersendiri berdasarkan pencapaian semasa pelajar yang mengambil peperiksaan. sekiranya rmai yang mendapat markah tinggi maka julat markah akan naik menjadi mungkin untuk A1 @ A+ itu dari 100 - 90. tetapi jika rmai yang menapat markah rendah mungkin julat marhah itu menjadi dari 100 - 70 mungkin...

jadi sejauh manakah keberkesanan pertukaran sistem gred ini kepada tahap pendidikan negara??? bukankah ia tidak memberi apa2 perbezaan dalam sistem peperiksaan. tetapi perkara ini akan menyusahkan pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini kerana pengumuman di buat ketika peperiksaan SPM sudah hampir dan pelajar tidak akan dapat mengetahui julat gred yang baru ini untuk menilai semasa ingin membuat pemilihan kemasukan ke ITP sebelum keputusan SPM di umumkan kelak.

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86