Friday, September 25, 2009

Khidmat Celcom terjejas 12 jam

Masalah berikutan kesesakan luar biasa pada talian pulih tengah malam

KUALA LUMPUR: Berjuta-juta pelanggan syarikat telekomunikasi mudah alih, Celcom (M) Berhad di seluruh negara terjejas hampir 12 jam berikutan kesesakan luar biasa pada talian pasca bayar dan prabayar bermula jam 9 pagi semalam.

Perkhidmatan yang terjejas adalah panggilan keluar dan panggilan masuk dalam rangkaian Celcom, tetapi kemudahan lain termasuk SMS, MMS, panggilan antarabangsa (IDD), GPRS, perantauan dan panggilan ke talian tetap serta rangkaian lain berjalan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata gangguan hanya membabitkan perkhidmatan panggilan suara antara pelanggan talian berkenaan, manakala perkhidmatan jalur lebar tidak terjejas.

"Gangguan berlaku secara berperingkat kira-kira jam 9 pagi dan mula meruncing menjelang waktu puncak pada jam 12 tengah hari. Ia berikutan peningkatan luar jangka kadar penggunaan talian sebanyak lima kali ganda pada hari raya kelima (semalam).

"Kita memang menjangka akan berlaku peningkatan penggunaan talian sempena musim perayaan kali ini tetapi tidaklah sampai lima kali ganda. Belum pernah berlaku kejadian sebegini dalam sejarah Celcom," katanya ketika dihubungi semalam.

Sambil memohon maaf kepada pelanggan, beliau berkata, dua 'node' (pusat pertukaran transmisi) syarikat berkenaan di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan teruk sehingga kehilangan isyarat panggilan.

"Celcom ada dua node. Biasanya, satu node sudah cukup untuk menampung penggunaan, manakala satu lagi sebagai unit sokongan. Bagaimanapun, kedua-duanya sesak teruk hari ini (semalam) hingga isyarat panggilan hilang.

"Bayangkan, 160 juta SMS dikendalikan pada malam raya saja, manakala panggilan IDD meningkat sembilan kali ganda dan panggilan biasa lima kali ganda. Dari malam raya hingga raya keempat memang tiada gangguan sehinggalah hari ini apabila pengguna mula bergerak dan bekerja di kawasan liputan kita," katanya.

Shazalli turut memaklumkan pasukan teknikal Celcom berjaya memulihkan gangguan itu sepenuhnya menjelang 12 tengah malam tadi.


sumber: Berita Harian 25/09/2009


huhuhu... aku adalah salah sorg pelanggan celcom... aku kne prob ni mula kul 3 ptg... ttbe aku nak anta msg kat abg aku tnye dia bnde yg nak kene beli tak boleh.. aku ingat aku nye fon pprob @ line aku yg prob... tp rupe2 nye node celcom yg jem smlm... huhuhu....

hope prob ni tak bulang lg pd msa akn datang... n harap celcom lebih bsedia pada masa akan datang pelanggan perkhidmatan makin meningkat... so kemudahan talian perlu la di tingkatkan juga... aku tak nak la pasni aku dapat msg kata perkhidmatan aku kene sekat bla tiba hari2 puncak...semua pelanggan membayar cas perkhidmatan yang sama... so perkhidmatan sepatutnya perlu di beri sama adil gak tak kira pada bila2 masa...

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86