SEGALA fungsi yang ada di dalam telefon bimbit turut diperoleh pada Nokia Booklet 3G.
Selama ini, jenama Nokia hanya dikenali sebagai pengeluar telefon bimbit utama dunia. Bagaimanapun, Nokia telah memecahkan tradisi itu apabila berani menghasilkan gajet baru buat para peminatnya.
Nokia ingin membuktikan kepada dunia bahawa jenamanya juga mampu meneroka pelbagai aspek peralatan teknologi dengan menghasilkan Nokia Booklet 3G. Produk itu bakal menjadi pesaing hebat dengan pengeluar komputer riba yang sedia ada di pasaran.
Kecanggihan Nokia Booklet 3G ini didatangkan bersama layar kaca berdefinisi tinggi (High-definition atau HD) bersaiz 10 inci dengan pemproses Intel Atom yang cekap. Nokia Booklet 3G memiliki prestasi bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam.

Ia sekali gus membolehkan orang ramai menggunakan komputer riba mini itu tanpa perlu berasa bimbang mengenai baterinya. Anda juga bakal merasai pengalaman yang hebat melalui pelbagai aplikasinya. Selain itu, Nokia Booklet 3G menggunakan kerangka aluminium yang tahan lasak dengan berat hanya 1.25 kilogram.
Nokia Booklet 3G menawarkan pelbagai pilihan aplikasi yang sebelum ini mungkin ada pada telefon bimbit anda sahaja. Antaranya, kehebatan penggunaan 3G, High Speed Packet Access (HSPA) dan Wi-Fi untuk meningkatkan kelajuan akses Internet.
"Orang ramai kini semakin mengimpikan teknologi komputer riba yang turut mempunyai fungsi seperti sebuah telefon bimbit. Memandangkan Nokia adalah pengeluar peralatan komunikasi untuk kegunaan orang ramai, maka Nokia Booklet 3G mencetuskan satu revolusi semula jadi kepada kami.
"Lagipun Nokia memang terkenal dengan kemajuan teknologi telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi menarik. Sesuailah jika Nokia mengeluarkan komputer riba mini bagi kegunaan massa," kata Naib Eksekutif Presiden Nokia untuk Alat-Alat, Kai Oistamo.
NOKIA maju selangkah dalam sektor teknologi dengan keluaran Nokia Booklet 3G.
Malah di hadapan skrin kaca itu juga, terdapat kamera untuk memudahkan anda membuat panggilan video dengan jelas, di samping penggunaan sistem Bluetooth serta integrasi pembaca keselamatan kad digital. Bukan itu sahaja, penggunaan skrin HD bersedia untuk membantu anda menggunakan Assisted GPS (A-GPS) yang berfungsi bagi memudahkan pengguna mencari arah tuju sesuatu lokasi.
Sistem tersebut bekerjasama dengan peta Ovi yang membolehkan pengguna mengetahui lokasi sebenar mereka dalam tempoh beberapa saat sahaja.
Sumber: kosmo online
Menarik dak Nokia Booklet 3G nih... ok la gabung kan fon ngan laptop... senang la nak bwa mane pun... tak yah nak bawa laptop ngan fon lg n alat GPS.. sbb smua dah lengkap lam 1...
0 comments:
Post a Comment