Wednesday, February 25, 2009

Prince of Persia

size:85%;">

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
radzi.zohri@gmail.com


Aspek yang paling penting dalam PoP ialah kebolehan pemain untuk menyelesaikan teka-teki yang disediakan. Ia bukan sekadar menetak musuh dengan pedang.

DALAM mainan video ini, Putera Parsi mengembara di dalam bilik kecil bawah tanah dalam sebuah mahligai yang dipenuhi dengan perangkap dan musuh-musuh mistik.



TENTU ramai pemain video (gamers) pernah bermain Prince of Persia (PoP) ketika penggunaan komputer masih belum meluas atau ketika mereka bermain di makmal komputer pada zaman sekolah.

PoP dicipta oleh Jordan Mechner pada tahun 1989. Ia mula dimainkan menggunakan komputer 386. Bagi mereka yang pernah bermain, pasti mereka masih teringat bagaimana Putera Parsi mengembara di dalam bilik kecil bawah tanah dalam sebuah mahligai (dungeon) yang dipenuhi dengan perangkap dan musuh-musuh yang mistik.

Sejak itu, PoP menjadi popular dan permainannya telah diolah oleh beberapa pembangun komputer dari semasa ke semasa. Namun begitu, permainan yang paling popular ialah siri PoP yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal.

Dalam trilogi pertama PoP, pemain harus menamatkan tiga episod pertama untuk mengetahui keseluruhan ceritanya. Siri dalam trilogi pertama ialah PoP: Sands of Time, PoP: Warrior Within dan PoP: The Two Thrones.

Episod pertamanya boleh dimainkan oleh hampir semua orang kerana ia bersifat multi-platform.

Jalan cerita

Ia bermula apabila Raja Parsi, Raja Shahraman dan anaknya Putera Parsi (Putera) sedang dalam perjalanan ke Azad untuk berperang. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di India. Untuk memperlihatkan kekuatan kerajaan Parsi, dia telah mengambil keputusan untuk menakluk India yang diperintah oleh Maharajah.

Penaklukan itu menjadi lebih mudah apabila kerajaan Parsi menerima bantuan daripada pengkhianat kerajaan India iaitu seorang ahli sihir. Ketika askar-askar kerajaan Parsi termasuk Putera sedang merampas hasil-hasil dari medan pertempuran, Putera terjumpa dengan sebuah gelas jam besar yang mengandungi Sands of Time.

PUTERI Farah mampu menyelinap di celah-celah rekahan dinding yang kecil.



Ahli sihir kemudian memperdaya Putera untuk melepaskan Sands of Time. Sebaik sahaja dilepaskan, dunia berubah bersama dengan penduduknya. Ahli sihir, Putera dan seorang Puteri India, Puteri Farah masih selamat kerana masing-masing mempunyai tongkat sakti, Dagger of Time dan kalung sakti.

Selepas itu, Putera mengembara bersama Puteri Farah untuk menyelamatkan dunia daripada ahli sihir yang jahat dan khianat itu.

Permainan

Pemain akan mengawal Putera dari sudut pandangan pihak ketiga (seperti Tomb Raider). Pemain akan mengembara di India dan dibantu oleh Puteri Farah. Aspek yang paling penting dalam PoP ialah kebolehan pemain untuk menyelesaikan teka-teki yang disediakan, bukan sekadar menetak musuh dengan pedang. Pemain harus bijak menggunakan alam sekitar untuk mencari petunjuk-petunjuk dan kadangkala mereka mesti mengingati semula kejadian silam untuk terus mara.

Puteri Farah juga banyak membantu. Walaupun dia banyak mengembara seorang diri, tetapi teka-teki yang diselesaikan Puteri Farah membantu Putera. Contohnya, Puteri Farah telah membuka jalan untuk ke tingkat yang seterusnya. Jadi, Putera tidak perlu bersusah payah mencari jalan. Apabila mereka mengembara bersama, Puteri Farah mampu menyelinap di celah-celah rekahan dinding yang kecil. Ini kerana badannya lebih langsing berbanding Putera yang sangat tegap.

Putera merupakan seorang yang akrobatik. Simbol PoP yang dikenali semua pemain video adalah kebolehan Putera untuk melakukan larian dinding. Putera mampu berlari di permukaan dinding dan kelihatan seolah-olah seperti sedang meluncur.

Sistem pertempuran dan Dagger of Time

Oleh kerana Putera seorang yang akrobatik, gerakannya ketika bertempur juga amat lincah. Selain daripada menghayun pedang ke arah musuh, dia mampu melakukan gerakan seperti berlari di permukaan dinding dan menyerang dari atas sambil melompat ke atas musuh. Dia juga boleh melompat ke atas musuh dan membunuh mereka dengan hanya dua serangan, namun serangan itu hanya berkesan ke atas musuh-musuh biasa, bukannya ketua musuh. Sistem akrobatik yang digunakannya hanya sederhana jika dibandingkan dengan episod dua dan tiga siri itu.

Selain sebilah pedang, Putera juga membawa Dagger of Time, sebuah kerambit sakti yang melindunginya ketika Sands of Time dibebaskan. Seperti namanya, Dagger of Time mampu mengawal masa.

Kebolehan itu amat kritikal kepada pemain kerana mereka harus pandai menggunakannya untuk menyelesaikan teka-teki dan menewaskan musuh. Ini kerana musuh berasal dari Sand of Time, dan hanya Dagger of Time mampu menyerap mereka kembali.

PUTERA Parsi sedang bertarung dengan musuhnya.



Apabila menggunakan Dagger of Time, masa akan berpatah balik sebanyak 10 saat. Sekiranya Putera terjatuh ke dalam gaung, pemain mampu mengundur masa dan Putera masih hidup.

Sekiranya Putera sedang melintas jambatan dan jambatan itu runtuh, pemain mampu berpatah balik dengan Putera masih hidup dan jambatan belum runtuh. Namun penggunaan Dagger of Time bukanlah tanpa batasan. Ia boleh digunakan mengikut berapa banyak sand tank yang disimpan pemain. Ia boleh digunakan sebanyak enam kali sekiranya enam sand tank masih berisi.

Untuk mengisi semula sand tank yang telah kosong, pemain boleh mengumpul Sands of Time yang tersembunyi atau dengan menewaskan musuh apabila kerambit itu menyerap mereka. Ini akan menggalakkan pemain untuk bertempur dan tidak lari daripada musuh.


*sumber http://www.kosmo.com.my

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86