Friday, September 25, 2009

Khidmat Celcom terjejas 12 jam

Masalah berikutan kesesakan luar biasa pada talian pulih tengah malam

KUALA LUMPUR: Berjuta-juta pelanggan syarikat telekomunikasi mudah alih, Celcom (M) Berhad di seluruh negara terjejas hampir 12 jam berikutan kesesakan luar biasa pada talian pasca bayar dan prabayar bermula jam 9 pagi semalam.

Perkhidmatan yang terjejas adalah panggilan keluar dan panggilan masuk dalam rangkaian Celcom, tetapi kemudahan lain termasuk SMS, MMS, panggilan antarabangsa (IDD), GPRS, perantauan dan panggilan ke talian tetap serta rangkaian lain berjalan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata gangguan hanya membabitkan perkhidmatan panggilan suara antara pelanggan talian berkenaan, manakala perkhidmatan jalur lebar tidak terjejas.

"Gangguan berlaku secara berperingkat kira-kira jam 9 pagi dan mula meruncing menjelang waktu puncak pada jam 12 tengah hari. Ia berikutan peningkatan luar jangka kadar penggunaan talian sebanyak lima kali ganda pada hari raya kelima (semalam).

"Kita memang menjangka akan berlaku peningkatan penggunaan talian sempena musim perayaan kali ini tetapi tidaklah sampai lima kali ganda. Belum pernah berlaku kejadian sebegini dalam sejarah Celcom," katanya ketika dihubungi semalam.

Sambil memohon maaf kepada pelanggan, beliau berkata, dua 'node' (pusat pertukaran transmisi) syarikat berkenaan di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan teruk sehingga kehilangan isyarat panggilan.

"Celcom ada dua node. Biasanya, satu node sudah cukup untuk menampung penggunaan, manakala satu lagi sebagai unit sokongan. Bagaimanapun, kedua-duanya sesak teruk hari ini (semalam) hingga isyarat panggilan hilang.

"Bayangkan, 160 juta SMS dikendalikan pada malam raya saja, manakala panggilan IDD meningkat sembilan kali ganda dan panggilan biasa lima kali ganda. Dari malam raya hingga raya keempat memang tiada gangguan sehinggalah hari ini apabila pengguna mula bergerak dan bekerja di kawasan liputan kita," katanya.

Shazalli turut memaklumkan pasukan teknikal Celcom berjaya memulihkan gangguan itu sepenuhnya menjelang 12 tengah malam tadi.


sumber: Berita Harian 25/09/2009


huhuhu... aku adalah salah sorg pelanggan celcom... aku kne prob ni mula kul 3 ptg... ttbe aku nak anta msg kat abg aku tnye dia bnde yg nak kene beli tak boleh.. aku ingat aku nye fon pprob @ line aku yg prob... tp rupe2 nye node celcom yg jem smlm... huhuhu....

hope prob ni tak bulang lg pd msa akn datang... n harap celcom lebih bsedia pada masa akan datang pelanggan perkhidmatan makin meningkat... so kemudahan talian perlu la di tingkatkan juga... aku tak nak la pasni aku dapat msg kata perkhidmatan aku kene sekat bla tiba hari2 puncak...semua pelanggan membayar cas perkhidmatan yang sama... so perkhidmatan sepatutnya perlu di beri sama adil gak tak kira pada bila2 masa...

Amah RM25 satu jam

Oleh Syuhada Choo Abdullah

choo@bharian.com.my

Majikan boleh dapat diskaun jika guna khidmat secara pakej

KUALA LUMPUR: Bayaran khidmat pembantu rumah mengikut jam yang akan dicadangkan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) kepada kerajaan dianggarkan pada kadar RM25 hingga RM50 sejam dengan diberikan pakej istimewa supaya tidak membebankan pelanggan.

Pelanggan yang mengambil pakej istimewa berdasarkan tempoh perkhidmatan secara mingguan atau bulanan akan diberikan diskaun supaya tidak membebankan mereka, kata Presiden Papa, Datuk Raja Zulkepley Dahalan.

Beliau berkata, kadar bayaran juga berbeza mengikut kategori perkhidmatan seperti menjaga orang sakit dan warga emas; menjaga bayi, kanak-kanak dan ibu dalam pantang selepas bersalin; dan melakukan kerja rumah serta pembersihan.


"Jika pelanggan menggunakan perkhidmatan untuk tempoh yang lama, mereka akan diberikan potongan khas sebagai tanda prihatin, terutama yang terdesak atau dalam kecemasan dan memerlukan khidmat pembantu rumah.

"Sebagai contoh, jika menggunakan perkhidmatan sejam, bayarannya mungkin banyak tetapi jika sehingga lima jam, mereka akan diberikan diskaun. Namun, bayaran sebenar akan ditetapkan pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan berdasarkan rundingan dengan kerajaan kelak," katanya kepada Berita Harian semalam.

Raja Zulkepley juga berkata, pelbagai faktor akan diambil kira dalam menentukan kadar bayaran, termasuk kategori perkhidmatan, lokasi, kuasa pasaran semasa serta kos yang ditanggung agensi seperti penghantaran pembantu rumah kepada pelanggan.

Selain itu, beliau berkata, agensi bebas menawarkan bayaran dalam lingkungan kadar yang ditetapkan untuk membolehkan pelanggan membuat pilihan kerana tidak akan ada monopoli, sebaliknya wujud persaingan sihat di kalangan agensi, terutama dari segi kualiti perkhidmatan.

"Hasrat Papa ialah untuk membolehkan orang ramai menikmati perkhidmatan pada kadar bayaran yang serendah mungkin. Justeru, kerajaan diharap dapat memudahkan kerenah birokrasi dan mengurangkan levi yang boleh mengakibatkan kos meningkat.

"Difahamkan ada sindiket perkhidmatan pembantu rumah harian haram mengenakan RM60 sejam atau antara RM1,200 hingga RM1,300 sebulan. Mangsanya ialah orang ramai yang terdesak atau kecemasan untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah sementara," katanya.

Justeru, beliau berkata, jika kerajaan meluluskan cadangan Papa, orang ramai bukan saja boleh mendapatkan perkhidmatan pada kadar berpatutan, malah tidak perlu bimbang dengan pelbagai risiko berkaitan pembantu rumah yang disediakan sindiket haram.

"Malah, untuk kemudahan pelanggan, ada cadangan supaya tempahan boleh dilakukan melalui internet atau panggilan telefon," katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan orang ramai boleh menjimatkan kos pembantu rumah sehingga purata RM900 sebulan jika kerajaan meluluskan cadangan Papa supaya khidmat pembantu rumah dibayar mengikut jam perkhidmatan.

Papa juga mencadangkan visa blok atau berkumpulan dan permit kerja sementara diberi secara kuota kepada agensi berkelayakan yang turut menguruskan kemasukan, pendaftaran, penempatan, tempat kediaman, kebajikan serta perkara lain berkaitan pembantu rumah serta hanya agensi berdaftar dengan persatuan dibenarkan menguruskan perkhidmatan itu.

sumber Berita harian


hmm...

tngk pada keratan akbar kat atas ni... bla di kira2 balik la...

gaji pembantu umah nnti leh ceceh sampai RM4000 sebulan... banyak tu... dah mcm keje sbgai pegawai..... ni keje orang yg tak de kelulusan pendidikan tinggi ni... mengapa d double standard kan rakyat sendiri dengan orang asing???


fikir2 kan lah jika cadangan ini di lulus kn... persatuan pekerja malaysia patut ambil tindakan memohon kenaikan gaji kepada penjawat awam dan swasta supaya pendapatan rakyat tempatan lebih tinggi dari pendapatan pendatang asing di negara kita...

Thursday, September 17, 2009

Salam AidilFitri

salam Aidilitri kepada semua pembaca blog aku...
maaf zahir dan batin...
maafkan segala salah n silap dari hujung rambut hingga hijung kaki....

semoga AidilFitri kali ini membawa 1000 keberkatan...

Buka Puasa Fs GP 1986 Putrajaya

(12/09/2009) huhuhu... this is best moment for me...

well untuk kali pertama aku jumpa ngan dak2 group ni... happy sangat2 mlm tu... best gak la lepak ngan korang smua... n yang paling best ni la first time aku hang out smpai ke pagi lam idup aku... hehehe... ape pun malam tu memang best giler la...

thanks semua sebab layan aku ngan baik ari tu... thanks pada Aust sebab sudi menumpang aku dengan kereta mu dari KL central hingga ke Putrajaya, pastu ke Alamanda, ke Q Bistro n menghantar aku pulang ke umah pg tu... hehehe... thanks gak pada ann, in, mimi, nabil, black, acap, kishi, moon, simbel, wana, nurul, sheera, zaid, fikri n syafiq sbb hadir malam tu n menghappy kn aku... hehehe.... thanks gak pada yang organize majlis tu...

ade masa lagi nanti aku join lg gath korang...:)
ape pun enjoy pic nih...









lagi pic tengok kat album ni...

Buka Puasa BEP/BET Mid

well... sbna nye majlis ni dah lame dah blangsung... pada 05/09/2009... tp bru trngat nak pos... heheh... biase la malas nak pos...
hmm... ape pun aku mmng enjoy mlm tu... walau pun tak ramai yg join... maklum la majlis ni untuk dak2 class aku yang duk area KL je... tp macam mana aku leh join?? hehehe... sbb aku time ni ada kat KL g interview... huhuhu.... tp tak dpt pun keje nye... biasa la skrang dah dekat nak raya... so company tak nak la ambik pas tu kena bagi cuti panjang lak kan... mungkin pas raya ni dapat la keje... InsyaALLAH... apa pun layan la pic masa majlis ari tu... hehehe...

hahah... dah abis mkn dah smua....

mat lee, amir, sue, salwa, kak pah

mat lee ngan amir

Antara yg ade mlm tu... sorg lg blkang cam... huhuhu...

kat Old Town lepak lepas buka... sembang isu2 hangat.. hehehe...

Lagi gamba?? tngk kat link bawah ni... :)
Album Buka Puasa BEP/BET MidValley 05/09/2009


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by izz86