p/s khas untuk diri aku sendiri!!
sumber: http://www.friendster.com/bulletin.php?bid=130382771&uid=2350837
we will walk alone...
Labels: Islam n Life
Posted by Unknown at 23:57 0 comments
hmm..... sebenarnya aku baru balik dari dinner pragraduate fakulti aku... agak meriah gak suasana mlm ni... walau pun tak semua student final year fakulti aku yg datang... tapi kira ok la... sebab semua enjoy pada malam ni...
emm.... sedar tak sedar dah empat tahun aku merantau kat negeri orang untuk menuntut ilmu... banyak kenangan pahit dan manis semasa aku berada di sini... apa pun semua itu akan menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidup aku...
malam ini mungkin malam yang terakhir bagi semua pelajar tahun akhir FKEE UTHM berkumpul sebelum menamatkan pengajian sebagai pelajar under graduate di UTHM. mungkin selepas ini tidak lagi ada kesempatan untuk berkumpul seperti ini... kerana setelah tamat penjian mungkin semua akan sibuk dengan tugas dan kerja masing2...
apa pun aku ingin memohon kemaafan kepada semua rakan2 seperjuangan aku atas kesilapan dan kesalahan aku sepanjang perkenalan kita... aku juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan2 aku pada masa akan datang dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH dalam apa jua bidang dan kejaya yang di ceburi selepas ini....
gamba2 dak2 clas aku....
gamba persembahan pelajar...
Labels: Life in campus
Posted by Unknown at 00:48 0 comments
nape la tag aku cik wani oi....(huhuhu...)
PERATURAN TAG:
* Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
* Put it on shuffle
* Press play
* For every question, type the song that’s playing
* When you go to a new question, press the next button
* Once completed, tag 5 other people (including me!)
DON’T CHEAT!
Opening Credits:
Mustika - Hadirlah Kasihmu
Waking Up:
Hijjaz - Dengan KeizinanMu
First Day At School:
Rabbani - Adap dan Sopan
Puppy Love:
Nur Kasih - Aliff Baa Taa
Fight Song:
Musitlka - Ujian
Breaking Up:
Hijjaz - Alam Rohani
Prom:
Mustika - Maha Suci Allah
Life is Good:
Raihan - Demi Masa
Driving:
In-Team - Ajibtu
Flashback:
In-Team - Persona Dunia
True Love:
Hijjaz - Doa Pagi (hahaha....)
Wedding:
UNIC - Harapan Pada Ayah Ibu ( insyaALLAH akan cari calon yg baik2)
Moment of Triumph:
Brothers - the messenger of allah
Death Scene:
Rabbani - Kerlipan Cinta
Funeral Song:
Hijjaz - Mati
End Credits:
Hijjaz - Puteriku Sayang
(hahaha... ape la... kene time ni aku ngah dgr lagu nasyid... tak leh nak wat ape la... tp ok la kne lagu2 yg masuk ngan tajuk2 tu... huhuhu... insaf2)
now go, its fun!!
5 person to tag:
Posted by Unknown at 15:30 0 comments
hehehe... dah agak lama aku tak post kat blog aku ni...
bkan ape... sjak kblakngan ni agak bz n tnet wat hal.... agak ssah skit nak online sbnar nye...
hmm.... tngk pda title kali ni msti dah tau kan apa bnda yg aku nak bincangkan dalam post kali ni kan... hehehehe...
CS tu singkatan utk cubershot sebenarya... aku saja letak short form... malas nak letak nama panjang2 kat title tu...
CS-W110 ni aku baru ja beli awal tahun ni... tapi dah banyak gambar yang aku ambil guna cam ni... sekarang kalo tengok kat dia nye count dah cecah 2,783 dah... hmm... jumlah yang banyak tu dalam tempoh 2 bulan...
bagi aku CS-W`110 ni qualiti gamba dia ok... baik utk jadi kan cam latihan sblum bertukar ke cam jenis SLR... dalam cam ni pun banyak fungsi2 yang best2... antaranya auto program, smile shutter, soft snap, landscape, twilight potrait n lain2 lagi...
aku paling banyak ambil bambar guna auto program... bagi aku bila guna auto program ni kita boleh setkan focus length, focus area, EV (exposure correction value) n lain2 lagi... ikut kesesuaian tempat dan cahaya yang d perlukan untuk menjadikan gambar yang di ambil nampak cantik dan berkualiti.
so kat sini aku nak kongsi beberapa keping gambar yang aku ambil dari CS-W110 ni...
ni la antara pic2 yg aku ambil... kalo nak tengok lain2 @ download pic aku leh lawat ke web album aku kat Picasa Web Album dengan click kat gambar My Capture Picture kat sebelah ni...
Labels: my activities
Posted by Unknown at 14:41 0 comments
size:85%;">
Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
radzi.zohri@gmail.com
Aspek yang paling penting dalam PoP ialah kebolehan pemain untuk menyelesaikan teka-teki yang disediakan. Ia bukan sekadar menetak musuh dengan pedang.
DALAM mainan video ini, Putera Parsi mengembara di dalam bilik kecil bawah tanah dalam sebuah mahligai yang dipenuhi dengan perangkap dan musuh-musuh mistik.
TENTU ramai pemain video (gamers) pernah bermain Prince of Persia (PoP) ketika penggunaan komputer masih belum meluas atau ketika mereka bermain di makmal komputer pada zaman sekolah.
PoP dicipta oleh Jordan Mechner pada tahun 1989. Ia mula dimainkan menggunakan komputer 386. Bagi mereka yang pernah bermain, pasti mereka masih teringat bagaimana Putera Parsi mengembara di dalam bilik kecil bawah tanah dalam sebuah mahligai (dungeon) yang dipenuhi dengan perangkap dan musuh-musuh yang mistik.
Sejak itu, PoP menjadi popular dan permainannya telah diolah oleh beberapa pembangun komputer dari semasa ke semasa. Namun begitu, permainan yang paling popular ialah siri PoP yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal.
Dalam trilogi pertama PoP, pemain harus menamatkan tiga episod pertama untuk mengetahui keseluruhan ceritanya. Siri dalam trilogi pertama ialah PoP: Sands of Time, PoP: Warrior Within dan PoP: The Two Thrones.
Episod pertamanya boleh dimainkan oleh hampir semua orang kerana ia bersifat multi-platform.
Jalan cerita
Ia bermula apabila Raja Parsi, Raja Shahraman dan anaknya Putera Parsi (Putera) sedang dalam perjalanan ke Azad untuk berperang. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di India. Untuk memperlihatkan kekuatan kerajaan Parsi, dia telah mengambil keputusan untuk menakluk India yang diperintah oleh Maharajah.
Penaklukan itu menjadi lebih mudah apabila kerajaan Parsi menerima bantuan daripada pengkhianat kerajaan India iaitu seorang ahli sihir. Ketika askar-askar kerajaan Parsi termasuk Putera sedang merampas hasil-hasil dari medan pertempuran, Putera terjumpa dengan sebuah gelas jam besar yang mengandungi Sands of Time.
PUTERI Farah mampu menyelinap di celah-celah rekahan dinding yang kecil.
Ahli sihir kemudian memperdaya Putera untuk melepaskan Sands of Time. Sebaik sahaja dilepaskan, dunia berubah bersama dengan penduduknya. Ahli sihir, Putera dan seorang Puteri India, Puteri Farah masih selamat kerana masing-masing mempunyai tongkat sakti, Dagger of Time dan kalung sakti.
Selepas itu, Putera mengembara bersama Puteri Farah untuk menyelamatkan dunia daripada ahli sihir yang jahat dan khianat itu.
Permainan
Pemain akan mengawal Putera dari sudut pandangan pihak ketiga (seperti Tomb Raider). Pemain akan mengembara di India dan dibantu oleh Puteri Farah. Aspek yang paling penting dalam PoP ialah kebolehan pemain untuk menyelesaikan teka-teki yang disediakan, bukan sekadar menetak musuh dengan pedang. Pemain harus bijak menggunakan alam sekitar untuk mencari petunjuk-petunjuk dan kadangkala mereka mesti mengingati semula kejadian silam untuk terus mara.
Puteri Farah juga banyak membantu. Walaupun dia banyak mengembara seorang diri, tetapi teka-teki yang diselesaikan Puteri Farah membantu Putera. Contohnya, Puteri Farah telah membuka jalan untuk ke tingkat yang seterusnya. Jadi, Putera tidak perlu bersusah payah mencari jalan. Apabila mereka mengembara bersama, Puteri Farah mampu menyelinap di celah-celah rekahan dinding yang kecil. Ini kerana badannya lebih langsing berbanding Putera yang sangat tegap.
Putera merupakan seorang yang akrobatik. Simbol PoP yang dikenali semua pemain video adalah kebolehan Putera untuk melakukan larian dinding. Putera mampu berlari di permukaan dinding dan kelihatan seolah-olah seperti sedang meluncur.
Sistem pertempuran dan Dagger of Time
Oleh kerana Putera seorang yang akrobatik, gerakannya ketika bertempur juga amat lincah. Selain daripada menghayun pedang ke arah musuh, dia mampu melakukan gerakan seperti berlari di permukaan dinding dan menyerang dari atas sambil melompat ke atas musuh. Dia juga boleh melompat ke atas musuh dan membunuh mereka dengan hanya dua serangan, namun serangan itu hanya berkesan ke atas musuh-musuh biasa, bukannya ketua musuh. Sistem akrobatik yang digunakannya hanya sederhana jika dibandingkan dengan episod dua dan tiga siri itu.
Selain sebilah pedang, Putera juga membawa Dagger of Time, sebuah kerambit sakti yang melindunginya ketika Sands of Time dibebaskan. Seperti namanya, Dagger of Time mampu mengawal masa.
Kebolehan itu amat kritikal kepada pemain kerana mereka harus pandai menggunakannya untuk menyelesaikan teka-teki dan menewaskan musuh. Ini kerana musuh berasal dari Sand of Time, dan hanya Dagger of Time mampu menyerap mereka kembali.
PUTERA Parsi sedang bertarung dengan musuhnya.
Apabila menggunakan Dagger of Time, masa akan berpatah balik sebanyak 10 saat. Sekiranya Putera terjatuh ke dalam gaung, pemain mampu mengundur masa dan Putera masih hidup.
Sekiranya Putera sedang melintas jambatan dan jambatan itu runtuh, pemain mampu berpatah balik dengan Putera masih hidup dan jambatan belum runtuh. Namun penggunaan Dagger of Time bukanlah tanpa batasan. Ia boleh digunakan mengikut berapa banyak sand tank yang disimpan pemain. Ia boleh digunakan sebanyak enam kali sekiranya enam sand tank masih berisi.
Untuk mengisi semula sand tank yang telah kosong, pemain boleh mengumpul Sands of Time yang tersembunyi atau dengan menewaskan musuh apabila kerambit itu menyerap mereka. Ini akan menggalakkan pemain untuk bertempur dan tidak lari daripada musuh.
*sumber http://www.kosmo.com.my
Labels: Games World
Posted by Unknown at 08:29 0 comments